web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Melaka: UMNO Teruskan Kerjasama Dengan PAS

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 7:44AM

Ahmad Maslan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri  (PRN) Melaka, 20 November ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pendirian itu selaras ketetapan Perhimpuan Agong parti itu tahun lepas, iaitu antara lain untuk memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) yang dibentuk antara dua parti berkenaan.

“Asas persefahaman dengan PAS berpandukan kepada prinsip bahawa PAS menggunakan lambang partinya sendiri, selaras dengan semangat dan ketetapan Jawatankuasa Induk MN dalam mesyuarat pada 19 Oktober 2020.

“Ini adalah untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri dan pada masa yang sama mengekalkan penggunaan lambang parti masing-masing dalam pilihan raya,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dipengerusikan presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato’ Onn, di sini malam tadi.

Menurut beliau, mesyuarat berkenaan turut bersetuju melantik Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Pengarah PRN Melaka, selain mandat turut diberikan kepada Ahmad Zahid dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk memuktamadkan sebarang keputusan berkaitan PRN berkenaan.

Beliau juga berkata mesyuarat kali ini belum memuktamadkan nama calon dan pembahagian kerusi bagi PRN Melaka.

Mengenai isu Barisan Nasional (BN) dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara, dengan mengadakan majlis pelancaran jentera PRN Melaka di World Trade Centre di sini Rabu lepas, Ahmad berkata pihaknya akan membuat rayuan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) agar kadar kompaun dikurangkan.

“Pada kefahaman kami, apabila KKM mengeluar kenyataan mengenai SOP terbaru, ia ditujukan pada aktiviti kempen dalam negeri Melaka. Kami bukan sengaja melanggar SOP ditetapkan, itu sebab kita adakan pelancaran jentera bukan hanya menggunakan satu dewan…kerana hendak jaga SOP, kita buat di dua dewan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, UMNO berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), memberi kelonggaran kepada parti politik untuk berkempen secara rumah ke rumah dalam bilangan peserta yang terhad bagi PRN Melaka.

“Kita harap mereka juga benarkan bilik gerakan beroperasi dengan kehadiran individu yang terhad, kerana mereka ini akan membantu jentera parti mengedarkan sebarang hebahan. Tindakan ini tidak bermakna UMNO dan BN tidak cakna dengan kesihatan rakyat,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 5 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad