web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PEJUANG Tidak Bertanding PRN Melaka - Dr Mahathir

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2021 8:29PM

Dr. Mahathir Mohamad mengadakan sidang media di Yayasan Al-Bukhary, di Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November depan.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan itu dibuat kerana pelaksanaan PRN Melaka adalah bertunjangkan kepada permainan politik segelintir pemimpin.

“PEJUANG tidak akan mengambil bahagian dalam PRN Melaka sebab kami menganggap ini mainan politik. Orang ini tidak serius dalam politik, mereka cuma masuk politik sebab nak dapat jawatan.

“Mereka merancang ini. Mereka tarik sokongan kepada kerajaan dengan harapan mereka menggantikan kerajaan kerana anggap parti besar, ada majoriti cukup untuk mendirikan kerajaan," katanya pada sidang media di Yayasan Al-Bukhary di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata, PRN Melaka pada hakikatnya tidak perlu diadakan sama sekali.

"Menjatuhkan kerajaan Melaka tidak patut diusahakan. Ini seolah-olah mereka menganggap Dewan Undangan Negeri (DUN) itu adalah hak mereka untuk buat apa sahaja,” katanya.

Jelas beliau, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat PEJUANG yang turut berlangsung di Yayasan al- Bukhary hari ini.

Turut hadir, Presiden parti, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Timbalan Presiden, Datuk Marzuki Yahya dan Setiausaha Agung, Datuk Amirudin Hamzah.

Menurut Dr Mahathir, PRN Melaka tidak sepatutnya diadakan selepas mengambil kira pengalaman buruk PRN Sabah pada September tahun lalu.

“Kita sedar ini bukan masa terbaik untuk PRN Melaka. Kita sedar dengan pandemik COVID-19 dan  kita tahu berdasarkan pengalaman PRN Sabah, selepas itu bilangan kes meningkat sampai 25,000 dan sekarang baru (kes) turun.

“Tetapi kalau diadakan PRN (Melaka) saya khuatir akan ada sekali lagi pandemik yang besar berpunca daripada PRN Melaka,” katanya.

Jelas beliau lagi, situasi di Melaka tidak akan berubah meskipun PRN diadakan selepas melihat situasi semasa politik negara ketika ini.

“Kita percaya siapa saja dipilih untuk mendirikan kerajaan keadaannya sama saja, tak akan ada perubahan.

“Mereka yang bertanding ini tidak akan memikir untuk memajukan negeri Melaka tetapi sebaliknya untuk dapat jawatan dan gaji yang baik. Kita dalam PEJUANG tidak ingin terlibat dengan kegiatan seperti ini kerana kita lihat sekarang politik di Malaysia sudah jadi cukup kucar kacir,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menegaskan PEJUANG tidak akan berkempen untuk mana-mana parti pada PRN Melaka.

“PEJUANG tidak akan membantu mana-mana pihak dalam PRN Melaka, kita berkecuali sama sekali. Ahli-ahli PEJUANG tidak akan pergi ke Melaka dan tidak akan berucap (di PRN Melaka),” katanya. - Getaran, 25 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 5 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad