web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Melaka: Isu Agihan Kerusi Ditentukan Pada Mesyuarat MT

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 7:44AM

Ahmad Maslan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu agihan kerusi dan kerjasama antara parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan datang.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ini termasuk kerjasama antara parti itu dengan PAS menerusi Muafakat Nasional serta Bersatu. 

Beliau berkata bagaimanapun, segala perbincangan bergantung kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan PRN itu. 

"Kita menanti penuh debaran keputusan SPR Isnin ini. Apa jua keputusannya kita terima dengan hati terbuka," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di Bangunan Dato Onn di sini malam tadi. 

Mesyuarat itu, yang berlangsung lebih tiga jam, dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.     

Ahmad juga berkata mesyuarat MT UMNO turut menetapkan agar jentera parti di setiap peringkat membuat persiapan rapi bagi menghadapi PRN itu berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan SPR. 

Beliau berkata mesyuarat itu turut mengesahkan pengguguran keahlian UMNO terhadap Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan. 

"MT turut bersetuju mulai 15 Oktober hingga 30 November, persidangan UMNO cawangan akan diadakan dan diharapkan agar mesyuarat cawangan bagi Wanita, Pemuda dan Puteri dapat berjalan lancar dengan mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan," katanya. 

Beliau berkata Majlis Kerja Tertinggi parti turut menyokong keputusan kerajaan berhubung penubuhan Jawatankuasa Khas bagi menyiasat kes kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, menyemak semula kes Pulau Batu Puteh serta menyiasat dakwaan terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas. 

Sementara itu, MT UMNO turut meluahkan rasa kecewa terhadap isu penyebaran rakaman audio yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama seorang pemimpin politik dan meminta agar siasatan berhubung perkara tersebut dilakukan. 

Timbalan Menteri Komunikasi Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata siasatan akan dibuat untuk mengenal pasti sama ada terdapat pihak daripada syarikat telekomunikasi turut terlibat namun menambah bahawa Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak berhasrat untuk membuat laporan polis berhubung isu itu setakat ini. 

"Perkara ini sangat memalukan… jadi KKMM akan melihat sama ada syarikat-syarikat ini terlibat dalam usaha merakam suara-suara ini. Kita tak nak berlaku lagi pada masa depan dan cari jalan penyelesaian bagaimana nak cegah," katanya. - Bernama   

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 19 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad