Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Dewan Rakyat Kembali Bersidang, Apa Fokus Dan Agenda Sebenar?

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2021 12:10PM

Gambar fail Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas kali terakhir diadakan kira-kira sembilan bulan lalu dan kemudian ditangguhkan akibat penularan pandemik COVID-19, Dewan Rakyat akan kembali bersidang pada 13 September ini.

Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas 2021 Dewan Rakyat itu, dijadualkan berlangsung selama 17 hari pada setiap Isnin hingga Khamis sehingga 12 Oktober depan.

Keputusan itu pastinya ‘khabar gembira’ kepada Ahli Parlimen terutama daripada blok pembangkang yang sering mendesak sidang dewan diadakan secepat mungkin, bagi membolehkan mereka menyuarakan dan membincangkan masalah berbangkit, terutama membabitkan rakyat.

Apakah fokus yang harus menjadi agenda utama setiap Ahli Parlimen bagi memastikan perjalanan proses mesyuarat terbabit lancar, seterusnya memberi hasil terbaik demi membela nasib rakyat?

Penganalisis Politik di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Azmir Mohd Nizah berkata, Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang perlu mengetepikan perbezaan serta krisis politik masing-masing bagi memberikan tumpuan kepada usaha membendung pandemik COVID-19.

Dr Mohd Azmir Mohd Nizah
Dr Mohd Azmir Mohd Nizah

Katanya, kedua-dua pihak sepatutnya mengenal pasti langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan untuk membebaskan negara daripada pandemik terbabit.

Beliau berkata, setiap Ahli Parlimen harus menggunakan medan itu bagi mengemukakan usaha untuk membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup, terutama dalam konteks negara yang bakal beralih kepada fasa endemik.

“Sebagai contoh dalam keadaan ramai rakyat kehilangan pekerjaan dan pengusaha perniagaan semakin nazak, kementerian berkaitan harus mengumumkan apakah langkah akan dibuat, selain polisi asing dan tindakan ekonomi yang bakal diambil untuk membantu mereka.

“Harus diingat, apabila berbicara mengenai soal kehilangan pekerjaan, maknanya kita kehilangan pendapatan negara juga, jadi isu seperti ini adalah antara perkara perlu menjadi keutamaan untuk dibahaskan di Parlimen,” katanya ketika dihubung Getaran.

Mohd Azmir berkata, sidang Parlimen juga harus memfokus kepada pengumuman Belanjawan 2022 yang merangkumi setiap aspek kehidupan rakyat, terutama ketika ramai terkesan dengan COVID-19.

Jelasnya, beliau turut berharap belanjawan itu bakal menyaksikan perubahan atau pembaharuan lebih baik, membabitkan bidang yang mengalami kesan besar pandemik, seperti reformasi pendidikan.

Kewujudan reformasi bidang itu, katanya, membolehkan penggiat bidang mengetahui apakah bantuan atau perancangan kerajaan dalam konteks pendidikan rendah dan pendidikan tinggi.

“Antaranya apakah perancangan selepas memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Bagaimana kerajaan boleh menangani isu pengajaran serta pembelajaran di rumah (PdPR), kekangan gajet dan tekanan mengikuti pendidikan ketika COVID-19.

“Satu lagi perkara sangat penting yang perlu dibahaskan nanti adalah kualiti kesejahteraan hidup kerana ini adalah pencetus kepada peningkatan masalah sosial, seperti tekanan, perceraian, penderaan dan bunuh diri,” katanya.

Menurut Mohd Azmir, sudah tiba masanya ahli politik di Malaysia menghentikan strategi ‘politik lapuk’ dan sikap menuding jari antara satu sama lain, sebaliknya mewujudkan suasana politik lebih profesional.

“Apabila menyentuh aspek politik Malaysia, negara jiran melihat mereka seolah-olah sekumpulan pelawak.

“Keadaan ini sangat tidak bagus untuk pelaburan asing dan kestabilan politik Malaysia, jadi sidang Parlimen perlu digunakan Ahli Parlimen untuk menonjolkan kewibawaan terbaik masing-masing,” katanya.

Mengulas isu sama dan memberikan komen senada, penganalisis politik, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, Perdana Menteri baharu harus memastikan kerjasama politik dicapai ketika sesi berlangsung, bukan sahaja membabitkan parti komponen, malah bersama blok pembangkang.

Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi
Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi

“Kerjasama ini harus diutamakan dan penting bagi memastikan agenda negara dapat dilaksanakan dengan lebih baik,” katanya.

Pada masa sama, Awang Azman menjangkakan persidangan Parlimen itu menyaksikan beberapa pengumuman oleh Perdana Menteri, membabitkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Beliau turut menjangkakan Ismail Sabri untuk memperincikan strategi dan hala tuju kerajaan bagi menangani isu COVID-19 serta pemulihan ekonomi.

Awang Azman berkata, Perdana Menteri juga dijangka mengumumkan pendekatan bakal diambil kepimpinan baharu beliau ke arah mewujudkan ekonomi lebih efisien.

“Saya menjangkakan Perdana Menteri membentangkan Belanjawan 2022 yang memfokuskan kepada kepentingan rakyat keseluruhan, malah pembangkang pasti merasa dilema atau serba salah untuk tidak menerimanya kerana akan dianggap seolah-olah menolak ruang atau peruntukan untuk membantu rakyat.

“Bagi mengelakkan dilema, pembangkang boleh memberikan pandangan untuk menambahbaik belanjawan ini agar bajet diperoleh nanti sampai ke akar umbi, sekali gus memberi keadilan sosial kepada rakyat. Pembentangan belanjawan ini perlu ada semak dan imbang untuk lebih baik,” katanya.

Ditanya adakah isu undi percaya kepada Perdana Menteri harus diberikan perhatian ketika persidangan, Awang Azman berkata perkara itu tertakluk kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang ), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Isu undi percaya tertakluk kepada speaker dan menteri berkaitan sama ada untuk melaksanakan atau sebaliknya,” katanya. - Getaran, 10 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Dewan Rakyat Lulus RUU Polis (Pindaan) 2024

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Dasar Gaji Progresif, TVET Dan Kerosakan Jalan Raya Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kurma Dari Israel, Subsidi Telur Antara Isu Dibincang Di Dewan Rakyat Hari Ini

4

Politik 1 bulan yang lalu

Dewan Rakyat: Wan Saiful Mohon Maaf, Usul Gantung 6 Bulan Ditarik Balik

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Tingkat Kawalan, Penugasan Di Terminal 1 Dan 2 KLIA

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

Luar Negara 12 jam yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB