web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Adly Zahari Dilantik Naib Presiden AMANAH Ganti Husam - Mohamad Sabu

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 5:44PM

Pelantikan Adly Zahari selaras dengan aspirasi parti menampilkan lebih ramai pemimpin pelapis untuk menerajui parti. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dilantik sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) bagi mengisi kekosongan selepas Datuk Husam Musa meletakkan jawatan pada September tahun lepas.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata pelantikan Adly yang juga Pengerusi Amanah Melaka itu selaras dengan aspirasi parti menampilkan lebih ramai pemimpin pelapis untuk menerajui kepimpinan parti dan negara di masa hadapan.

“Kami yakin pelantikan ini akan mengukuhkan lagi imej Parti Amanah Negara sebagai parti yang membawa mesej ‘Rahmatan lil aalamin’ dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Amanah turut melantik Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim sebagai Bendahari Agung parti menggantikan Adly.

Adly, 50, sebelum ini pernah menyandang jawatan Ketua Menteri Melaka bermula 11 Mei 2018 sehingga 2 Mac 2020 setelah Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).

Ketika dalam parti PAS beliau pernah memegang beberapa jawatan termasuk Pesuruhjaya PAS Melaka, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri dan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.

Pada September tahun lalu Husam meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Amanah namun kekal sebagai ahli parti itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

El Nino: Tanaman, Sumber Bekalan Makanan Tempatan Tidak Terjejas - Mohamad

2

Politik 2 tahun yang lalu

Mahfuz, Dr Hatta Dilantik Naib Presiden AMANAH

3

Politik 2 tahun yang lalu

Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

4

Politik 2 tahun yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan