web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Remaja P. Pinang Berusia 18 Tahun Boleh Tanding Kerusi DUN

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2021 5:34PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Remaja berusia 18 tahun yang berdaftar di Pulau Pinang kini boleh bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Sidang DUN hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan 2021).

Pindaan ini menurunkan usia kelayakan calon untuk bertanding merebut kerusi DUN daripada 21 kepada 18 tahun.

Undang-undang ini diluluskan selepas mendapat sokongan penuh daripada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), selepas ia dibahas oleh enam wakil rakyat.

Rang undang-undang itu dikemukakan oleh Soon Lip Chee (Bagan Jermal-DAP) yang juga Exco Belia dan Sukan.

Dalam satu satu tinjauan yang diketuai oleh Lip Chee, beliau berkata yang 65.06 peratus (2,661) daripada jumlah 3,475 responden belia menyokong cadangan tersebut.

“Kami telah mengumpulkan pandangan mereka dalam satu tinjauan yang dijalankan di antara 8 Disember dan 6 Jun.

“Kami juga mengadakan kempen pada April untuk meningkatkan kesedaran di kalangan golongan belia,” katanya.

Lip Chee, bagaimanapun berkata yang pindaan kepada Artikel 12 hanya akan dilaksanakan melalui satu pemberitahuan yang akan dimaklumkan kemudian.

Pulau Pinang adalah negeri ketujuh yang meluluskan penurunan usia kelayakan calon bagi kerusi DUN daripada 21 kepada 18 tahun, selepas Sabah, Perlis, Terengganu, Sarawak, Kelantan dan Perak berbuat demikian.

Manakala dalam sesi perbahasan, Jagdeep Singh Deo (Datuk Keramat-DAP) mengimbau kembali bagaimana beliau bersemangat untuk masuk ke kancah politik pada usia 17 tahun.

“Semasa saya berusia 17 tahun, ayah saya ditahan di Kamunting, Perak. Pada masa itu saya sedang menimba ilmu perundangan di luar negara.

“Seingat saya pada masa itu, saya mahu menyertai politik. Tetapi tidak dapat berbuat sedemikian.

“Jadi sekarang kita beri peluang kepada golongan belia dalam pandemik politik sekarang ini,” katanya. - Getaran, 1 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KDN Rangka Rang Undang-Undang Jaga Kebajikan Pesara, Bekas Pegawai Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Isu Kewarganegaraan: Cadangan Pindaan Dipersembah Kepada Majlis Raja-Raja Selepas PRN

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Akta Perlindungan Data Peribadi Perlu Dipinda, Elak Data Diguna Untuk Penipuan - Fahmi

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 3 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut