web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akta Perlindungan Data Peribadi Perlu Dipinda, Elak Data Diguna Untuk Penipuan - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 9:00PM

Perkara itu penting kerana kebanyakan insiden penipuan berlaku setelah maklumat peribadi mangsa dicuri. - Gambar hiasan Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 perlu dipinda bagi mencegah data peribadi dicuri serta digunakan dalam aktiviti penipuan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata perkara itu penting kerana kebanyakan insiden penipuan berlaku setelah maklumat peribadi mangsa dicuri.

“Ini penting kerana maklumat yang telah dicuri pihak tidak bertanggungjawab (adalah) akibat daripada kecuaian ataupun kelemahan keselamatan siber oleh pihak yang mengendali, menyimpan atau memproses data peribadi.

“Pindaan kepada akta ini saya jangka seawal Disember ini atau selewat-lewatnya Mac tahun depan,” katanya pada sidang media selepas majlis penutup Kempen Kesedaran Keselamatan Siber, Ekonomi Digital dan Keterhubungan di Perumahan Pantai Permai di sini hari ini.

Fahmi juga berkata selepas draf Rang Undang-Undang Keselamatan Siber disiapkan, ia akan dibawa ke Pejabat Peguam Negara untuk diteliti sebelum dibentang di Parlimen.

Pada Khamis lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rang undang-undang itu akan segera digubal bagi memastikan segenap aspek perundangan berkaitan keselamatan siber dapat dituntaskan.

Fahmi juga berkata Malaysia perlu mewujudkan kerjasama dengan negara lain di rantau Asia Tenggara khususnya Singapura dan Thailand untuk membangunkan protokol perkongsian data merangkumi aspek data sovereignty and portability.

Beliau berkata kerjasama itu akan membolehkan Malaysia, sebagai hab pemprosesan data di rantau ini, memproses set data yang dijana di luar negara secara besar-besaran. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad