web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahasiswa, Mana Suara Anda? Jangan Jadi Lemah! - Dr Maszlee

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 8:10AM

Dr Maszlee Malik - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahasiswa perlu menggunakan kebebasan bersuara seperti yang terjamin di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 (Pindaan 2018) untuk bertindak lebih agresif bagi menyampaikan pandangan dan permasalahan mereka kepada pihak pentadbiran universiti.

Pengerusi Pendidikan Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik berkata, kebebasan suara ini boleh dibawa menerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di setiap universiti kerana mereka adalah pejuang kepada kemaslahatan, kesejahteraan dan keselamatan pelajar.

''Sekarang saya nak bertanya sekarang ini mana suara anda sebagai pelajar, mana aktivitis bermuka bengis, jangan jadikan wabak ini sebagai kekangan menyampaikan isu.''

Adalah amat aneh katanya, apabila melihat kebebasan bersuara berkenaan tidak digunakan sebaik mungkin ketika ini, sebaliknya penuntut lebih meluahkan perasaan atau berkongsi permasalahan dialami di media sosial secara individual, seolah-olah membayangkan nasib mereka tidak dibela MPP.

"Saya tengok ramai pelajar berkongsi di media sosial mengenai pelbagai perkara, antaranya cuti diganggu, tiada tempoh berehat, terlalu banyak tugasan, tertekan dengan pengajian, yuran membebankan dan banyak lagi.

"Sepatutnya perkara ini dibawa, disuarakan kepada wakil pelajar untuk dibawa dan dibincang ke peringkat tinggi, bukan sekadar mengomel di media sosial, malah kalau kenyataan media sahaja tidak cukup, kita bawa ke peringkat pentadbir, Naib Canselor, Senat dan Menteri,” tegasnya.

Maszlee menyatakan demikian pada sesi bual bicara dan soal jawab secara langsung menerusi akaun Instagram rasmi miliknya, yang memfokus kepada tajuk Siswa Universiti : Burnout (Lesu Upaya).

Antara lain sesi berkenaan mengupas isu tekanan mental, fizikal dan kesihatan membabitkan pelajar institusi pengajian tinggi, termasuk yang membabitkan kematian.

"Kadang-kadang apabila suara kita tidak kedengaran, kita kena buat suara lebih kuat untuk didengari dan saya rasa pelajar lebih kreatif untuk wujudkan tindakan apa sesuai dilakukan," jelas beliau.

Mantan Menteri Pendidikan itu berkata, pelajar tidak perlu bimbang kemungkinan dikenakan tindakan undang- undang sekiranya mengenengahkan isu dialami, memandangkan pindaan terkini AUKU sudah memberikan kuasa kepada 'suara mereka' untuk didengar di semua peringkat.

Katanya, pindaan AUKU pada 2018 walaupun hanya membabitkan satu seksyen, memperuntukkan lebih banyak ruang dan kebebasan bersuara serta berpolitik kepada pelajar universiti, sekali gus  menghapuskan budaya takut yang membelenggu golongan terbabit.

Ditanya seorang penonton, apakah kebebasan itu mencakupi perhimpunan atau rusuhan, beliau berkata, perkara berkenaan terpulang kepada mereka untuk ditentukan.

"Saya tidak tahu riot atau apa, itu anda yang putuskan sesama anda, fikirkan yang terbaik tetapi jangan sampai mendatangkan kemudaratan awam dan prosedur operasi standard (SOP) perlu dijaga.

"Jangan takut, lawan tetap lawan, gunakan suara anda sebagai pelajar, kalau ada tindakan disiplin (dikenakan), semua itu bertentangan dengan pindaan AUKU. Jika kena buang, tidak ada orang boleh buang anda, sekiranya anda dibuang, saya akan jadi orang pertama membawa isu ini kepada universiti," tegasnya.

Sambil menyifatkan kerajaan ketika ini 'pekak badak' dan gagal, Maszlee berkata, tindakan harus diambil pelajar bagi memastikan isu dan bebanan yang membelenggu mereka sebagai pelajar akibat COVID-19 dapat diselesaikan.

"Anak muda tak akanlah penakut, bersuara bagi dia (pihak universiti dan kerajaan) dengar, jika tidak didengar, kita ambil tindakan, sekurang-kurangnya kalau dia pekak telinga, mata dia boleh melihat, jadi guna kuasa  pelajar, janganlah jadi lembik, lemah, bapok.

"Sekarang saya nak bertanya sekarang ini mana suara anda sebagai pelajar, mana aktivitis bermuka bengis, jangan jadikan wabak ini sebagai kekangan menyampaikan isu, sebaliknya pelajar kena bangkit, suara siswa suara keramat, lakukan tindakan," katanya. – Getaran, 15 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 5 hari yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

2

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad