web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Perkauman Cemari Sektor Pendidikan, Gugat Usaha Capai Kecemerlangan

Pendidikan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2021 7:43AM

Syed Saddiq berkata yang sentimen perkauman sentiasa dijadikan asas dalam sebarang perdebatan yang berkaitan pendidikan. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan segelintir pihak menggunakan isu perkauman dalam konteks pendidikan hanya akan menafikan peluang penyediaan pendidikan yang inklusif dan membantutkan usaha mencapai kecemerlangan.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, mutakhir ini sentimen perkauman sentiasa dijadikan asas dalam sebarang perdebatan yang berkisar kepada konteks pendidikan.

Menurut beliau, campur tangan ahli politik dalam sistem pendidikan semakin menjadi satu kecenderungan hingga menyukarkan ia diperjuangkan secara kolektif.

“Isu berkaitan biarlah diserahkan kepada pakar atau pendidik sendiri, bukannya di tangan ahli politik yang langsung tiada kaitan,” katanya pada webinar anjuran Institut Sekhar di sini, semalam.

Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, sektor pendidikan negara kian dicemari pelbagai konflik, termasuk silibus tidak relevan dan pengangguran di kalangan graduan baharu.

“Sistem pendidikan di Malaysia seolah tidak memberi kepentingan kepada subjek teras seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

“Masa pengajaran bagi subjek teras sebenarnya harus lebih panjang berbanding mata pelajaran elektif, demi menjamin keberkesanan yang lebih maksima,” katanya.

Beliau menarik perhatian, kualiti pendidikan Malaysia akan kekal di takuk lama selagi sistem pengurusan tidak berubah.

“Walau sepuluh kali Perdana Menteri atau Menteri Pendidikan berubah, kerosakan sistem pendidikan tidak akan mampu dibaiki jika tiada pengurusan yang betul,” katanya.

Vinod Sekhar
Vinod Sekhar

Sementara itu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petra, Datuk Dr Vinod Sekhar dalam ucapan pendahuluan berkata, Institut Sekhar tidak akan berhenti daripada memperjuangan sistem pendidikan yang berkualiti dan saksama untuk semua rakyat.

Pendidikan katanya, adalah teras dan alat dalam perkembangan minda manusia, malah memberi impak yang besar dalam kehidupan.

“Campur tangan pihak politik dalam sistem pendidikan membuatkan sistem yang sedia rosak menjadi lebih parah.

“Guru seharusnya memainkan peranan besar dalam membentuk rakyat yang maju dan berkualiti,” katanya.

Namun apa yang berlaku jelas Vinod, negara dipenuhi lambakan guru tidak berpotensi dan berkualiti, malah ramai antara mereka tidak berminat dengan aspek pengajaran.

“Apa yang mereka kejar adalah pekerjaan tetap dan berpencen, sedangkan guru sepatutnya menjadi tauladan dalam membimbing pelajar,” katanya. - Getaran, 16 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 4 hari yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

2

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad