web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Murid Terseksa Sekolah Tiada Bekalan Elektrik, KPM Tolonglah Bertindak!

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2024 7:58AM

Kelas yang menempatkan murid Tahun Satu yang tidak mempunyai bekalan elektrik dan tiada tandas di bangunan - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika rakan-rakan lain belajar dengan penuh selesa di sekolah masing-masing, sekumpulan murid Tahun Satu pula terpaksa menempuh pengalaman yang cukup memeritkan.

Bayangkan kesengsaraan mereka, apabila terpaksa menimba ilmu di sekolah yang tidak memiliki bekalan elektrik, kipas, lampu dan tandas.

Kedengaran seperti tidak masuk akal, tapi itulah yang dialami murid Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Lebar di Juasseh, Negeri Sembilan.

Berkongsi rasa dukacita itu di Facebook, seorang pencipta kandungan digital berkata, murid sekolah berkenaan juga terpaksa menempuh laluan yang tidak selamat untuk ke kelas masing-masing.

Beliau yang menggunakan nama Azrul  Indahouse berkata, kelas di sekolah itu dikelilingi runtuhan bangunan lama, malah ada yang tidak dipagar dengan sempurna.

“Projek penyelengaraan pulak dari kontraktor tak habis. Dengarnya dah berhenti kerja sebab duit takde? Kena tunggu peruntukan lain pulak? Macam mana lantik kontraktor yang takde duit pastu (lepas itu) tinggalkan tapak projek yang diselenggara separuh jalan? 

“Anak baru masuk Darjah Satu, budak 7 tahun baru nak kenal sekolah nak kenal cikgu, nak kenal suasana belajar yang baharu. Dua minggu persekolahan ni disajikan dengan perkara dan suasana yang menekan jiwa dan mental anak-anak nak belajar. Bayangkan dalam cuaca panas terik ni, kelas takde kipas dan lampu, takde lansung elektrik sebab diputuskan bekalan. Kita yang duduk dalam umah (rumah) pun bahang, inikan budak-budak duduk dalam kelas reramai. Balik jemput anak, basah baju mandi peluh. Siap dia merungut lagi ‘panas betul sekolah ayah, kipas rosak’,” katanya, kesal.

Laluan yang disediakan untuk murid ke kelas berpasir, berdebu dan panas kerana tidak berbumbung
Laluan yang disediakan untuk murid ke kelas berpasir, berdebu dan panas kerana tidak berbumbung

Jelas Pembantu Pegawai Perubatan itu, ibu bapa pada sesi taklimat sebelum sekolah dibuka dijanjikan bahawa bilik darjah sementara akan disediakan, terdiri daripada beberapa kontena.

“Bila buka sahaja sekolah, pihak pentadbir masih lagi berkata yang kontena dalam sebut harga dan akan dipasang secepat mungkin. Last-last kena game macam tu je. Kontena takde, budak jadi mangsa.

“Kami sebagai ibu bapa tak nak ambik tahu masalahnya daripada kontraktor ke, dari PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) ke, JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) ke, KPM (Kementerian Pendidikan) ke. Yang kami mahu sekarang adalah solusi supaya budak di sekolah selamat dan selesa. Tergamak ke seorang guru melihat anak-anak seumur 7 tahun diseksa dalam kelas yang panas dan berbahang? Guru Besar perlulah cakna. Jangan sebab masalah sekolah dengan pihak lain, murid yang perlu dihukum dan diseksa. Rasional la sikit,” katanya, berang.

Tegas Azrul, pihak sekolah didesak segera memberi penyelesaian iaitu memindahkan semua pelajar ke kawasan yang lebih selesa dan selamat.

“Paling tidak pun kalau projek kontraktor tu dah tak jalan sebab tunggu duit, why not sambung balik elektrik bagi ada bekalan untuk lampu dan kipas berfungsi. Air dan elektrik ni sumber asas yang perlu ada. Jangan kata ala ni panas dunia je sementara, awak duduk dalam aircond sila panggung dalam bilik atas kerusi pegawai boleh la. 

“Takkan takde sikit kesian (kasihan) kat budak-budak ni??? Bila kita cakap dalam group, disuruh buat surat rasmi, suruh datang jumpa. Bila ada wakil yang dah datang jumpa takde jugak jalan penyelesaian nak ambik. Alih-alih cakap, ‘haaa takpe nanti kita bawak surat ni ke PPD, nanti kita update kemudian dengan ibu bapa, buat surat rasmi aduan nanti kita hantar kan’. Sudahnya dah dua minggu sekolah dah, budak tetap duduk dalam kelas kepanasan. Nak tunggu berapa lama,” katanya.

Palang besi yang tajam dan tidak ditutup sempurna oleh kontraktor.
Palang besi yang tajam dan tidak ditutup sempurna oleh kontraktor.

Beliau menarik perhatian, aduan telah dibuat ke Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) secara bertulis, malah wakil pihak berkenaan juga telah bertemu dengan guru.

“Saya harap pihak tertinggi KPM, YB Fadhlina Sidek, PPD Kuala Pilah, JPN Negeri Sembilan dapat selesaikan masalah ni segera. 

“Saya lihat dan dengar rintihan beberapa orang guru pun stress dan kecewa dengan situasi sekolah yang tak selamat, tak selesa dan tak kondusif untuk guru dan pelajar meneruskan pembelajaran. Kita khuatir pembelajaran anak-anak akan terjejas jika keadaan ini berlarutan dari masa ke semasa,” katanya.

Tambah beliau, perkongsian dibuatnya bukan bertujuan untuk ‘menghentam’ sesiapa, tetapi mahu menarik perhatian segera pihak berwajib agar masalah terbabit dapat diselesaikan.

Post ni bertujuan bukan untuk menghentam, tapi saya perlu cari jalan singkat untuk menarik perhatian pihak berwajib supaya perkara ni dapat diselesaikan dengan segera demi kemaslahatan keselamatan anak-anak dan pelajaran mereka serta guru-guru di SK Padang Lebar,” katanya. - Getaran, 20 Mac 2024

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahu Berjaga Untuk Perjalanan Jauh, Ramai Pemandu Lori Mengaku Ambil Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kastam Tumpas 5 Sindiket Dadah Antarabangsa, Rampas Narkotik RM300.72 Juta

oleh Amirah Abu Bakar