web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muzik, Kesetiausahaan Juga Sebahagian Daripada TVET, Bukan Pertukangan Semata-Mata

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2023 8:19AM

Datuk Dr Nelson Renganathan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tahukah anda muzik dan lapangan kesetiausahaan adalah sebahagian daripada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)?

Berbeza dengan tanggapan ramai, TVET bukan sekadar pendidikan berasaskan pertukangan atau teknikal semata-mata.

Bidang ini sebaliknya memiliki skop pengajian yang teramat luas, kerana ia turut mencakupi aspek darjah kecerdasan (IQ), kecerdasan emosi (EQ), kemahiran interpersonal dan kemahiran teknikal.

Pengerusi Biro Pendidikan MIC, Datuk Dr Nelson Renganathan berkata, skop dan silibus TVET amat luas kerana ia mencakupi pelbagai tingkat kemahiran.

Menurut beliau, proses pembelajaran TVET dibentuk khas bagi memberi lebih penekanan terhadap amalan industri, namun pada masa tidak meminggirkan lapangan akademi.

“Sesuai nama, TVET ialah platform pendidikan dan latihan dengan hala tuju pekerjaan, bagi menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang tertentu.

“Skop TVET perlu berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Ramai tidak tahu, kesetiausahaan juga adalah antara bidang TVET - gambar hiasan
Ramai tidak tahu, kesetiausahaan juga adalah antara bidang TVET - gambar hiasan

Jelas Ahli Dewan Negara itu, kepercayaan lama bahawa TVET hanya untuk golongan terpinggir tidak lagi relevan dengan senario semasa.

“Saya tahu ramai ibu bapa masih beranggapan TVET ialah pilihan untuk golongan pelajar kelas kedua atau ketiga, yang ketinggalan dari sudut akademik.

“Di sinilah yang mereka salah dan keliru. Cabang TVET ini sangat luas, ada ruang untuk mengasah kemahiran dan pada masa sama, cemerlang dalam akademik,” katanya.

Menjadikan jurusan muzik dan kesetiausahaan sebagai contoh, dua bidang ini jelas Nelson, masing-masing menerapkan pengukuhan dalam aspek EQ, kemahiran interpersonal dan teknikal.

“Pelajar boleh sahaja bermula dengan TVET untuk kedua-dua bidang ini, dan kemudian menyambung pengajian dalam peringkat akademik, untuk bergelar pensyarah atau menambah pengetahuan sebagai guru muzik umpamanya.

Pelajar jurusan muzik boleh menyambung pengajian dalam bidang akademik untuk bergelar pensyarah - gambar hiasan
Pelajar jurusan muzik boleh menyambung pengajian dalam bidang akademik untuk bergelar pensyarah - gambar hiasan

“Jika mahu berehat sebentar dari dunia pelajaran, mereka sudah boleh bekerja kerana telah sedia dilengkapi dengan kemahiran TVET,” katanya.

Nelson memberitahu, dapatan kajian menunjukkan graduan yang dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran TVET lebih berdaya saing dan menerima permintaan berbanding penuntut dalam jurusan berasaskan akademik semata-mata.

“Rasionalnya mudah. Sudah tentulah majikan mahukan pekerja yang sedia ada kemahiran interpersonal, tahap EQ dan teknikal yang tinggi.

“Bila anda melangkah ke alam pekerjaan, dunia sudah berubah. Pelbagai ragam manusia dan masalah akan ditemui.  Bagaimana anda mahu melalui semua itu jika tiada kemahiran khusus,” katanya. - Getaran, 2 September 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 hari yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

2

Muzik 1 minggu yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

3

Muzik 2 minggu yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

4

Muzik 3 minggu yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Sorotan

1

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

3

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

4

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

5

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

6

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 41 minit yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kastam Tumpas 5 Sindiket Dadah Antarabangsa, Rampas Narkotik RM300.72 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

oleh Sophia Ahmad