Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hadis 40: KPM Sedia Bincang Rungkai Kekeliruan

Pendidikan Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2023 5:26PM

Lim Hui Ying - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Kementerian Pendidikan (KPM) sedia bertemu mana-mana pihak untuk berbincang mengenai kekeliruan berhubung pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah seluruh negara.

Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata kekeliruan berkenaan timbul apabila beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyatakan kebimbangan mereka, sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi.

Beliau sekali lagi menegaskan pelaksanaan modul terbabit hanya akan dilaksanakan kepada pelajar dan guru beragama Islam sahaja dan bukan kepada mereka yang beragama lain.

“Jadi mereka (termasuk NGO) tidak perlu risau, saya faham kerisauan mereka ini, namun kami di KPM bersedia untuk bertemu dan berbincang sekiranya mereka ada apa-apa soalan berkaitan.

“Hadis 40 ini semua orang tahu hanya untuk murid dan guru yang beragama Islam, kami di KPM berharap isu ini tidak lagi diperbesarkan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Cheng Siu 1 & 2, di sini yang turut dihadiri Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM Omar Mahli dan alumni sekolah berkenaan Tan Sri Lim Kit Siang.

Mengulas mengenai kekurangan guru di SJKC dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) beliau berkata, pihaknya kini dalam usaha untuk mengatasi masalah berkenaan.

Beliau berkata KPM telah selesai mendapatkan data di enam negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dan akan mula mengumpul data di Johor bermula 7 Sept. 

“Sebenarnya, isu kekurangan guru ini bukan sahaja melibatkan SJKC dan SJKT sahaja tetapi turut melibatkan Sekolah Kebangsaan. Antara subjek yang menghadapi masalah adalah Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam,” katanya.

Semalam, Dong Jiao Zong dipetik sebagai meluahkan kebimbangan mereka apabila hanya 15 guru pelatih diterima masuk ke subjek major Bahasa Cina dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan bilangan berkenaan disifatkan tidak cukup untuk menampung situasi kekurangan guru subjek Bahasa Cina. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 4 minggu yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

2

Semasa 1 bulan yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

3

Kisah Kita 4 bulan yang lalu

Pastikan Tidak Lenyap, Usaha Kamuskan Bahasa Mendriq Sudah Bermula 

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Kalau Tak Faham Bahasa Arab, Jangan Pandai-Pandai Ulas Hadis - Fathul Bari

Sorotan

1

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

2

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

3

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

4

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

5

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

6

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Parah Nahas Jalan Kuala Krai - Gua Musang

Semasa 55 minit yang lalu

Chegu Bard Mengaku Tidak Bersalah Memfitnah, Menghasut

oleh Diyana Nawwar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pihak Berkuasa Jerman Rampas 4 Bugatti Dikaitkan Dengan Kes 1MDB

oleh Wartawan Getaran