web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPACE UTM Terus Promosi, Memperkasa Pembelajaran Sepanjang Hayat

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2023 1:46PM

Majlis sambutan ulang tahun ke-30 SPACE UTM di Kuala Lumpur, baru-baru ini. gambar SPACE UTM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan Universiti Teknologi Malaysia (SPACE UTM) melaksanakan pelbagai inisiatif sepanjang 30 tahun penubuhannya bagi mempromosikan dan memperkasakan pembelajaran sepanjang hayat kepada komuniti.

Antara inisiatifnya ialah penubuhan UTMSPACE yang berperanan sebagai sebuah anak syarikat milik penuh UTM untuk mempromosi dan menggerakkan SPACE UTM sebagai sebuah sekolah yang menawarkan program 'public university private wing' (PUPW) secara pembiayaan sendiri. 

UTMSPACE dalam satu kenyataan memaklumkan sehingga kini, SPACE UTM sudah menawarkan 110 program yang merangkumi pengajian sepenuh dan separuh masa. 

“Antara program yang ditawarkan ialah Program Asasi, Bridging, Diploma Sepenuh dan Separuh Masa, Sarjana Muda Sepenuh dan Separuh Masa dan Program Kerjasama.

“Pada 2023 sahaja, sebanyak 8,922 orang sudah menyertai program di SPACE UTM,” menurut kenyataan itu selain menambah UTMSPACE juga telah melahirkan sebanyak 60,965 graduan dalam pelbagai bidang.

Baru-baru ini, majlis ulang tahun ke-30 SPACE UTM telah berlangsung di sebuah hotel di sini yang dihadiri ahli-ahli lembaga pengarah UTMSPACE termasuk Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE Prof. Ts. Dr Nazri Ali dan seluruh warga UTMSPACE.

Majlis itu juga disempurnakan Naib Canselor UTM Prof Datuk Ir. Ts. Dr Ahmad Fauzi Ismail dengan gimik montaj serta diikuti dengan acara memotong kek 30 Tahun SPACE UTM yang merupakan simbolik kepada sambutan berkenaan.

Ahmad Fauzi berkata sebagai peneraju pembelajaran sepanjang hayat, SPACE UTM perlu sentiasa dinamik dan produktif dalam mengurus tadbir pendidikan dengan lebih efisien serta memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada pelajar.

“Pemantapan kualiti sistem penyampaian sentiasa menjadi fokus kepada SPACE UTM yang meliputi skop akademik, pentadbiran, perjawatan dan lain-lain lagi. Inisiatif-inisiatif yang berkualiti perlu dilaksanakan bagi memastikan kepuasan pihak berkepentingan terjaga khususnya yang berkaitan secara langsung dengan pihak SPACE UTM,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE Berhad Prof Ts. Dr Nazri Ali berkata SPACE UTM sangat yakin bahawa staf yang berkemahiran, inovatif dan berdedikasi adalah aset terpenting bagi menggerakkan misi dan visi SPACE UTM sekali gus memenuhi matlamat UTM yang telah diamanahkan. 

“SPACE UTM perlu dinamik dan produktif dalam mengurus tadbir pendidikan dengan lebih efisien serta memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada pelajar,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 4 tahun yang lalu

Ikuti Kursus 'Online' Dengan Hanya RM9.90

2

Kolum 5 tahun yang lalu

Risau Masa Depan Anak-Anak Apabila Sekolah Buka Tutup

3

Refleksi 5 tahun yang lalu

Bolehkah Kegembiraan Diajar Di Universiti?

4

TARA 5 tahun yang lalu

Pilihan Makanan Untuk Anak Fokus Dalam Pembelajaran

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 53 minit yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 37 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad