web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pilihan Makanan Untuk Anak Fokus Dalam Pembelajaran

Ibu bapa pasti bergolok gadai untuk anak-anak. Tetapi apa yang patut mereka lakukan untuk membantu anak-anak lebih fokus kepada pembelajaran mereka?

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2021 1:18PM

Gambar: Naomi Shi, Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Satu perkara yang menjadi kegusaran ibu bapa apabila sekolah mula ditutup ialah anak-anak mereka ketinggalan dalam pembelajaran. Biarpun ada pembelajaran online di rumah, namun mereka sedar bukan semua anak-anak mampu kekal fokus, terutamanya anak-anak yang masih berada di darjah satu atau dua. 

Bermula 1 Mac ini sekolah akan mula dibuka. Pasti ramai ibu bapa yang menarik nafas lega (biarpun terdapat banyak rungutan lain), kerana anak-anak kini boleh fokus dengan pembelajaran kerana mereka diawasi oleh seorang pendidik bertauliah. 

Namun tahukah anda, ibu bapa sebenarnya memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak mampu kekal fokus dalam pembelajaran? Semuanya bermula di rumah. Anda perlu berikan mereka pemakanan yang sihat. Kajian mendapati pemakanan bukan sahaja memainkan peranan penting dalam proses tumbesaran kanak-kanak, malah ia juga mempengaruhi tahap kecerdasan IQ dan prestasi kognitif kanak-kanak.

Menurut Pengarah Malaysia Nutrition and Lactation Association dan juga Perunding Pemakanan Bebas, Surainee Wahab, pemakanan merupakan komponen penting yang boleh mempengaruhi fokus kanak-kanak. Selain memenuhi keperluan tenaga harian, sesetengah makanan penting untuk memastikan anak-anak kekal fokus ketika belajar. 

“Sebagai contoh, asid lemak omega 3 dan zink baik untuk fungsi otak dan kognitif. Selain itu, makanan yang kaya dengan magnesium dapat membantu memperbaiki kualiti tidur. Kanak-kanak yang mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti dapat meningkatkan daya fokus dan tumpuan. Vitamin C pula merupakan antioksidan yang dapat meningkatkan sistem imun dan juga penting untuk penghasilan neurotransmiter (isyarat kimia) yang bertanggungjawab mengawal daya tumpuan. 

Antara makanan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 adalah seperti ikan, tauhu, sayuran berdaun hijau serta juga dalam ayam. Sumber zink dan magnesium juga banyak terdapat dalam sayuran berdaun hijau, daging, ayam serta sumber kekacang. Vitamin C banyak dalam buah dan sayur.”

Sebagai ibu bapa atau penjaga kepada anak-anak, terutamanya yang berusia 12 tahun ke bawah, anda perlu bijak merancang menu yang sesuai agar anak-anak tidak ketinggalan atau terjejas dalam pembelajaran. Apalah ertinya menjadi ibu dan bapa jika aspek pemakanan tidak dititik beratkan. Lebih-lebih lagi jika anda tiada kekangan kewangan. 

Gambar: Alex Green, Pexels
Gambar: Alex Green, Pexels

Jika lapar, anak-anak akan hilang fokus

Pastikan anak-anak anda mengambil sarapan yang berkhasiat setiap pagi. Sarapan penting kerana membekalkan tenaga kepada tubuh supaya kekal aktif dan bertenaga sepanjang hari. Sarapan dapat membantu dalam proses pembelajaran di sekolah mahupun di rumah. Jika anda tidak punya masa atau anak-anak tidak lalu makan, anda boleh sediakan hidangan sarapan yang ringkas, namun berkhasiat. Sebagai contoh, telur merupakan sumber protein yang membantu kanak-kanak untuk kenyang dan rasa bertenaga lebih lama. Jika kanak-kanak dalam keadaan lapar, mereka akan hilang fokus dan gelisah.

“Kanak-kanak digalakkan untuk mengambil lima sajian sayuran dan buah-buahan pada setiap hari. Sayur dan buah kaya dengan nutrien kerana tinggi kandungan vitamin, mineral, antioksidan dan serat. Sayur dan buah membekalkan tenaga kepada kanak-kanak yang boleh menjadikan mereka lebih fokus dalam pembelajaran.” 

“Jika kanak-kanak tidak dapat menghabiskan sayur yang sepatutnya diambil dalam kuantiti yang diperlukan semasa waktu makan utama, ibu bapa boleh menjadikan sayur dan buah sebagai pilihan snek. Langkah ini boleh dipraktikkan untuk mengurangkan pengambilan snek yang kurang berkhasiat seperti gula-gula dan cip kentang atau keropok pada waktu pengambilan snek.”

“Selain itu, ibu bapa juga boleh membuat jus buah-buahan yang dikisar daripada buah sebenar untuk menarik minat kanak-kanak. Jadikannya lebih menarik dengan mengisar jenis dan warna buah yang berbeza. Ibu bapa juga boleh mencampurkan sedikit sayur ke dalam jus buah. Ini dapat membantu memenuhi saranan pengambilan buah dan sayur kanak-kanak,” ujar Surainee.

Dalam masa yang sama, Surainee juga berpesan supaya pastikan kanak-kanak dapat bergerak apabila bukan dalam waktu pembelajaran. Ini juga membantu mereka untuk kekal fokus. Ibu bapa boleh menyediakan jadual aktiviti fizikal sebagai panduan. Senaraikan aktiviti-aktiviti yang mereka boleh lakukan dan bila mereka perlu lakukan. Ingat, pembelajaran secara atas talian, menonton televisyen dan bermain permainan di telefon boleh menyebabkan kanak-kanak hidup secara sedentari (tidak aktif)!

Gambar: C Technical, Pexels
Gambar: C Technical, Pexels

Wajar atau tidak beri suplemen? 

Jika diperhatikan, terdapat banyak suplemen di pasaran yang secara terang-terangan mendakwa mampu meningkatkan IQ atau membantu anak-anak untuk kekal fokus dalam pembelajaran. Untuk meraih keyakinan ibu bapa, produk-produk ini mengemukakan satu demi satu testimoni daripada pengguna yang kononnya sudah berjaya dengan mengamalkan suplemen mereka. Dek itu, ramailah ibu bapa yang sanggup berhabisan untuk memastikan anak-anak mereka juga mampu cerdik dan pintar seperti yang dicanangkan. Persoalannya, adakah ia wajar? Mengulas tentang perkara ini, Surainee memberitahu jika seseorang kanak-kanak itu sudah mendapat pemakanan seimbang, mereka sebenarnya tidak perlu mengambil sebarang suplemen.

“Jika kanak-kanak mengambil makanan dengan seimbang dan berkhasiat, mereka tidak perlu untuk mengambil suplemen. Namun, jika mereka memilih makanan atau kurang makan, dikhuatiri keperluan nutrien yang disarankan sesuai dengan peringkat umur tidak dapat dipenuhi yang seterusnya akan mempengaruhi tahap perkembangan otak dan tumbesaran mereka.”

“Suplemen mungkin dapat membantu mereka supaya tidak kekurangan nutrien. Ibu bapa yang ingin mengambil suplemen boleh mendapatkan nasihat daripada pakar pemakanan terlebih dahulu untuk mengenalpasti anak mereka memerlukan suplemen atau tidak. Biasanya suplemen mengandungi nutrien yang berganda-ganda. Sesetengah nutrien boleh menjadi toksik jika mengambilnya secara berlebihan. Oleh itu, pemakanan secara sederhana, seimbang dan pelbagai adalah digalakkan,” ujar Surainee.

Berikut adalah cadangan menu untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun yang disediakan oleh Surainee. - Getaran, 27 Februari 2021

Isu Pada

Syahir Rosdi

27 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

3

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

4

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara