Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Risau Masa Depan Anak-Anak Apabila Sekolah Buka Tutup

Apa akan jadi pada anak-anak yang terjejas rutin persekolahan mereka gara-gara pandemik COVID-19 ini? Suzie Adnan menyuarakan kerisauannya bersama Getaran.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2021 9:00AM

Gambar: Mohd. Azim Abd. Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semenjak COVID-19 mula mengganas pada awal tahun lepas, rakyat Malaysia rata-rata kesemuanya jelas terkesan.

Aktiviti sosial terbatas, kebebasan disekat, ekonomi dikekang, pendek kata kehidupan kita semua berubah 360 darjah. Dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan, sebagai rakyat kita terpaksa akur dan patuh dengan usaha serta tindakan drastik yang diambil kerajaan, demi kebaikan semua.

Bukan kita yang dewasa sahaja yang runsing dengan keadaan semasa, anak-anak kita juga semakin tertekan apabila terpaksa membesar di dalam keadaan sebuah dunia yang begitu terbatas.

Mereka tidak lagi boleh bebas bergaul bermain sesuka hati dan apabila sekolah buka tutup, semakin jaranglah mereka berinteraksi dengan rakan-rakan justeru mengganggu perkembangan sosial mereka. Kehidupan sosial satu hal, perihal sekolah dan pelajaran lebih menggelisahkan lagi.

Gambar: Sairien Nafis
Gambar: Sairien Nafis

Sebagai ibu kepada dua cahaya mata yang masih bersekolah, situasi ini cukup merisaukan dan saya percaya sentimen ini turut dikongsi dengan kebanyakan ibu bapa lain hari ini.

Bayangkan dek COVID-19, anak-anak kita seumpama tidak ke sekolah hampir setahun. Ya, ada sesetengah bulan mereka dibenar menjejakkan kaki ke sekolah dan selebihnya berguru sekadar di atas talian sahaja.

Menerusi PDPR atau singkatan kepada Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan, sistem ini menjadi solusi kepada tahun persekolahan yang terencat akibat pandemik. 

Komentar ini berdasarkan perspektif saya sebagai ibu serta pemerhatian selama setahun menyaksikan betapa mencabarnya sesi persekolahan buat anak-anak, guru-guru dan malah ibu bapa.

Kadangkala saya kasihan melihat karenah guru-guru kerana saya dapat rasakan yang mereka juga ada masanya serba tidak tahu, serba tidak kena, masih dalam fasa menyesuaikan diri.

Bagi anak-anak murid, apatah lagi. Pembelajaran secara digital dilakukan menggunakan Google Meet dan Google Classroom, namun saya rasa ianya masih tidak begitu efektif sebagaimana yang diharapkan. 

Saban hari kerja sekolah amat minima, tiada sebarang ujian dan hampir tiada interaksi secara langsung di antara guru dan murid. Kerja sekolah yang sudah siap perlu diambil gambar dan dihantar ke Telegram guru-guru selain menerusi Google Classroom.

Guru pula akan memuat naik kembali setiap kerja sekolah yang sudah ditanda sampaikan chatroom menjadi penuh dan mengelirukan. Saya pasti ada cara yang lebih efisyen dan tertib, dan pihak berwajib perlu merangka konsep baru pembelajaran digital ini dengan kadar segera. 

Gambar: Sairien Nafis
Gambar: Sairien Nafis

Murid-murid yang khususnya berada di sekolah rendah, masih ramai terkontang-kanting cuba menyesuaikan diri dengan konsep pembelajaran atas talian.

Apabila tidak dapat bersemuka dengan guru, maka banyaklah kekhilafan berlaku sewaktu belajar tanpa si guru mengetahui lebih-lebih lagi jikalau anak murid terus berdiam diri dan segan bertanya. 

Benar, ibu bapa memainkan peranan penting membantu dalam setiap sesi pembelajaran namun hasilnya tidak akan sama kerana bukan semua ibu bapa mahir dalam menyampaikan ilmu dengan teknik-teknik tertentu.

Sebagai contoh, Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin. Bagaimana ibu bapa mahu membimbing anak mereka walhalnya mereka sendiri tidak pernah mempelajari bahasa-bahasa tersebut sewaktu di sekolah dahulu?  

Sebaik sekolah dibuka semula untuk beberapa bulan, sekolah kembali tutup buat kali keduanya. PKP 2.0 bermula dan PDPR pun kembali diteruskan.

Mengambil iktibar dari pengalaman lepas, hampir setiap ibu bapa di Malaysia menyerbu kedai-kedai telefon dan komputer bagi mendapatkan telefon pintar atau tablet bagi keperluan pembelajaran anak-anak mereka di rumah.

Malah banyak agensi amal serta NGO mengumpul dana bagi menyediakan keperluan telefon pintar buat para pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan. 

Kemudian sebaik sekolah dibuka semula, telefon pintar letak tepi dan anak-anak kembali ke sekolah. Jadi apakah kegunaan telefon pintar itu sebaik habis lockdown? Sekadar digunakan untuk media sosial dan untuk anak-anak bermain game? Sungguh merugikan jika ianya benar.

Gambar: Syeda Imran
Gambar: Syeda Imran

Tidakkah lebih bagus sekiranya telefon pintar itu menjadi sebahagian daripada medium pembelajaran di sekolah? Peraturan tidak boleh membawa telefon pintar ke sekolah mungkin boleh dikategorikan sebagai lapuk menurut konteks hari ini. Kerana dunia sekarang bergerak secara maya dan pengetahuan digital adalah suatu kemestian.

Guru-guru harus mencari jalan mengimplementasi penggunaan telefon pintar di dalam kelas dan mungkin sudah tiba masanya buat Kementerian Pendidikan mewujudkan aplikasi-aplikasi khas buat setiap mata pelajaran, darjah serta tingkatan. Lagi pun kemahiran digital perlu dipupuk awal. This is the future and the future is now. 

PKP kedua sudah berlalu dan kini kita memasuki PKP ketiga pula. Anak-anak di rumah bermula belajar di atas talian seperti biasa. Arahan kerja sekolah diberikan oleh guru berserta video sebagai rujukan.

Melihatkan gaya anak-anak hari ini belajar, hati saya berbisik, sampai bila? Jikalau pun pandemik ini memaksa anak-anak kita untuk terus belajar secara atas talian, saya kira guru-guru pun perlu mencari jalan untuk menjadikan kelas mereka lebih interaktif dan ada sesi soal jawab secara langsung. 

Satu lagi ingin saya menegur, adalah lebih baik jika para guru betul-betul mengikut jadual waktu yang diberi. Maksudnya, kelas hari ini pukul sembilan pagi tetapi kerja sekolah sudah di muat naik oleh guru pada malam sebelumnya.

Kerja cepat sangat baik tetapi pada saya, belajar mengikut waktu yang sudah ditetapkan di dalam jadual adalah jauh lebih bagus kerana ia memastikan para pelajar terus berdisiplin meskipun mengikuti kelas di rumah. Apabila banyak masa senggang di antara kelas, maka pelajar mudah culas dan mula lari perhatian. 

Gambar: Sairien Nafis
Gambar: Sairien Nafis

Baru-baru ini Kementerian Pendidikan mengumumkan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PT3. Saya tidak berapa setuju apabila peperiksaan penting sebegitu diberhentikan begitu sahaja. Bagaimana tahap pelajaran anak-anak kita boleh dinilai jikalau tiada sebarang ujian yang boleh mendorong mereka untuk lebih tekun belajar? 

Saya pasti semua ibu bapa berada di dalam dilema memikirkan setahun persekolah anak-anak yang kucar-kacir apalagi situasi ini nampak gayanya masih akan berterusan untuk beberapa lagi bulan malah tahun.

Risaukan anak-anak ketinggalan dalam pelajaran, sampaikan ada ibu bapa yang mengambil inisiatif sendiri dengan menghantar anak-anak ke tuisyen di rumah-rumah guru.

Seperti mata pelajaran yang berkaitan fardu ain dan Al-Quran, sedih saya melihat anak-anak yang sepatutnya ketika ini sepatutnya sudah pun lancar membaca tetapi masih lagi tergagap-gagap kerana tidak mampu berguru secara bersemuka.

Pandemik ini berlaku secara tiba-tiba, tidak diduga dan tiada siapa yang pinta.

Apabila lockdown yang pertama kali berlaku, sepatutnya itulah masa terbaik buat pihak berwajib mewujudkan jawatankuasa khas yang bertanggungjawab merangka pelan kecemasan, bukan setakat merancang untuk enam bulan ke hadapan tetapi buat jangka masa yang jauh lebih panjang. Kerana kita tidak tahu bilakah pandemik ini akan berakhir. 

Masyarakat hari ini semua berdebat mengenai masalah yang timbul akibat penutupan ekonomi. Bagi saya, isu penutupan sekolah juga sama pentingnya.

Anak-anak kita adalah generasi pelapis. Kekukuhan ekonomi di masa akan datang berada di dalam tangan mereka.

Jika pelan rancangan pendidikan di era pandemik ini lemah, di kala ilmu di dada kurang, bagaimanakah anak-anak ini bakal mengambil alih negara suatu hari nanti? Punahlah masa depan negara jikalau sistem pendidikan yang sekarang ini tidak dipermantapkan dengan kadar segera. - Getaran, 9 Mei 2021

Isu Pada

Faizal Tahir : Saya Akan Terus Menyanyi

08 May 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Kolum 16 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan