web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bolehkah Kegembiraan Diajar Di Universiti?

Adakah kita akan menjadi lebih gembira jika kita belajar tentang kegembiraan dan kebahagian di universiti, seperti kursus-kursus akademik lain?

Refleksi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2021 8:45AM

Gambar: Geber86 / Istock.com©

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Susah untuk menjadi gembira di era COVID-19 ini. Tetapi menurut kajian University of Bristol, kebahagiaan boleh dikecapi jika kita mempelajarinya seperti mata pelajaran akademik lain. Dan ia berkesan.

Kursus ‘sains kebahagiaan’ ini dilaporkan sangat bermanfaat kepada kesihatan mental para pelajar.

Bagaimana seseorang itu boleh menjadi lebih gembira? Populariti persoalan ini meningkat naik sejak mulanya pandemik, tetapi ia telah menjadi fokus para profesor di University of Bristol sejak tahun 2018.

Pada waktu itu, universiti ini telah melancarkan kursus yang memfokuskan kepada ‘sains kebahagiaan’ sebagai tindakan mengawal masalah kesihatan mental yang semakin meningkat di kalangan para pelajar di Britain.

Modul ini, diinspirasikan oleh kursus yang dijalankan di Universiti Yale di Amerika Syarikat, dipecahkan kepada dua bahagian, teori dan praktikal.

Para pelajar yang mengikut kelas ini mempelajari tentang sisi psikologi dan neurosains kegembiraan tetapi mereka juga diminta untuk melakukan tugasan yang boleh membuatkan mereka menjadi lebih gembira, contohnya berbual dengan orang tak dikenali, menulis surat ‘terima kasih’ atau turut serta dalam aktiviti ‘hab kegembiraan’.

Pada hujung kursus, mereka akan menerima 20 kredit akademik, satu per enam daripada apa yang diperlukan untuk menamatkan tahun pertama pembelajaran mereka.

1000 pelajar dalam masa tiga tahun

Tiga tahun selepas pelancarannya, kajian ini menunjukkan bahawa modul ‘Sains Kebahagiaan’ ini telah membantu merawat kesihatan mental pelajar yang mempelajarinya.

Ia juga berkesan sebelum dan semasa pandemik. Para pengkaji di Britain menyedari bahawa keadaan kesihatan mental para pelajar yang menamatkan kursus ini pada penghujung 2019 adalah lebih baik daripada kesihatan mental kelompok kawalan.

Mereka juga mendapati bahawa para pelajar yang mengikuti kursus ini pada awal pandemik walaupun tidak menjadi lebih bahagia tetapi menjadi lebih ‘cekal’ daripada para pelajar biasa lain.

Hasil kajian menunjukkan bahawa kursus psikopendidikan kegembiraan ini memberikan ‘kesan perlindungan’ kepada kesihatan mental sewaktu masa-masa tidak menentu berkelompok kepada para pelajar yang mengikutinya.

Hasil ini diperkukuhkan lagi dengan pemerhatian kohort ketiga para individu yang baru-baru ini mengikuti kursus ini di atas talian, termasuklah para pekerja University of Bristol sendiri.

Majoriti (82.8 peratus) berkata kursus kegembiraan ini memberikan kesan positif kepada kesihatan mental mereka.

Walaupun kajian akademik ini masih terbatas, Profesor Bruce Hood berkata beliau ‘terkejut’ dengan penemuan impak positif modul ini kepada kesihatan mental para pelajar. “Awalnya saya sangka manfaat kursus ini akan berkurangan dengan stres pandemik dan kurangnya interaksi sosial. Memang itu terjadi kepada para pelajar lain tetapi mereka yang mengikuti kursus ini, walaupun di atas talian, telah mendapat manfaat sepenuhnya melalui syarahan dan hab kegembiraan yang diadakan secara virtual.

“Kajian ini membuktikan bahawa belajar tentang kegembiraan boleh membantu kesihatan mental,” katanya, yang juga ketua modul ‘Sains Kegembiraan’ ini.

Perlukan lebih bukti keberkesanan kursus ini? Hampir 1,000 orang pelajar dari University of Bristol telah mengikutinya sejak pelancarannya pada 2018.  – Studio ETX, 2 April 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 6 hari yang lalu

Salah Kendali, Simpan Daging Korban Undang Risiko Kesihatan

2

Refleksi 1 minggu yang lalu

Melontar Jamrah Didik Jemaah Tundukkan Ego, Utamakan Kepentingan Orang Lain

3

Refleksi 1 minggu yang lalu

Hari Arafah Ruang Umat Islam Perbanyak Doa, Zikir Dan Muhasabah Diri

4

Refleksi 1 minggu yang lalu

Obesiti & Kerintangan Insulin: "Bom Jangka" Masalah Kesihatan

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi