web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemuda MIC Mahu Pengambilan Pelajar India Di IPT Ditingkatkan

Pendidikan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2021 8:13AM

Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, Thinalan Rajagopalu menyampaikan ucapan aluan pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda, Putera dan Puteri MIC, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Meningkatkan pengambilan pelajar India yang layak terutamanya dari golongan B40 ke universiti awam, politeknik, Kolej Latihan Teknikal dan Vokasional, Kolej Matrikulasi, Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains Mara, merupakan antara empat resolusi Pemuda MIC pada Perhimpunan Agung pergerakan itu kali ke-33 semalam.

Pemuda MIC dalam kenyataan hari ini menyatakan, isu-isu berkenaan telah diperjuangkan oleh pergerakan itu sekian lama, dan memandangkan Barisan Nasional merupakan salah satu komponen kerajaan semasa, satu jalan penyelesaian holistik perlu dirangka bersama Kementerian Pendidikan, agar pelajar-pelajar India yang berkelayakan diberi peluang dan ruang yang sewajarnya, untuk melanjutkan pelajaran mereka.

Isu berkaitan pendidikan itu merupakan antara empat resolusi pergerakan itu, dengan resolusi lain adalah berkaitan keusahawanan, peluang pekerjaan serta mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang telah diterima ahlinya secara sebulat suara.

“(Dalam aspek keusahawanan pula), satu dana khas  perlu disediakan untuk melatih golongan belia India yang terjejas (akibat wabak COVID-19), melalui kursus dan latihan berkaitan keusahawanan, pengurusan kewangan dan pemasaran digital, agar mereka dapat  memulakan perniagaan atau perkhidmatan mikro yang relevan dengan keperluan semasa,” menurut kenyataan itu lagi.

Berkaitan peluang pekerjaan, Pemuda MIC menyatakan,  pihaknya percaya golongan belia India yang benar-benar layak perlu diberi pendedahan, peluang dan ruang, yang adil dan sewajarnya untuk bersaing secara sihat dalam sistem ekonomi negara.

Mengenai PRU15 pula, pihaknya berpendapat parti seharusnya lebih terbuka untuk mencalonkan wakil-wakil  pemuda yang berkelayakan, bekerja keras untuk serta aktif dan agresif dalam menyelesaikan isu masyarakat India di peringkat akar umbi.

Dalam kenyataan berasingan, Wanita MIC pula meluluskan lima resolusi termasuk menyeru agar Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga merangka satu dasar yang lebih tegas dan juga efektif, bagi menangani gejala bunuh diri yang disebabkan oleh tekanan dan juga kemurungan wanita dan kanak-kanak.

Selain itu, mereka juga mahukan pengekalan sekolah-sekolah vernakular Malaysia seperti dalam Perlembagaan Persekutuan.

Wanita MIC Kebangsaan turut menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Presiden MIC Tan Sri Vigneswaran dan Ketua Wanita MIC Kebangsaan Usha Nandini Jayaram.

Mereka turut menyeru Presiden Parti untuk memberi peluang dengan melantik lebih ramai pemimpin dalam kalangan wanita parti itu, bagi meningkatkan penglibatan wanita termasuk di tahap penasihat, perundingan, Ahli Majlis dan Ahli Pelawat Hospital. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Palanivel Meninggal Dunia

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Tahniah Pihak Yang Buat Ugutan, Hasrat Anda Sudah Tertunai’ - T Mohan

3

Politik 2 tahun yang lalu

MIC Janji Bantu Kempen PRK Kuala Kubu - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hina Agama Hindu: Zamri Vinoth Harus Segera Dihukum - MIC

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 22 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad