web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sudah Ada Mangsa Terkorban, Mengapa Buli Di Sekolah Berasrama Masih Berlaku?

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2022 3:34PM

Tan Sri Lee Lam Thye

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kejadian buli di sekolah berasrama penuh (SBP) bagaikan tidak berpenghujung apabila ada sahaja berita kurang enak mengenainya didedahkan.

Jika sebelum ini negara pernah digemparkan dengan kes buli sehingga meragut nyawa Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, budaya buli tetap berlaku.

Nampaknya hukuman berat dikenakan terhadap pelaku kes itu tidak ubah bagai ‘mencurahkan air ke daun keladi’.

Kejadian sama tetap berulang, malah dikhuatiri bertambah parah jika tidak dibendung segera.

Terbaru, polis menerima tiga laporan berkait kejadian pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah agama (SMA) berasrama penuh di Nilai yang dipercayai dicederakan pelajar senior.

Tiga pelajar berusia 14 tahun itu menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) kerana kecederaan di beberapa bahagian badan.

Insiden itu turut mendapat perhatian Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye yang menyifatkan budaya buli tidak boleh diterima dalam kehidupan masyarakat bertamadun.

Mengapa budaya buli tetap berlaku walaupun ada mangsa terkorban dan pelakunya sudah dibawa ke muka pengadilan?

Menurut beliau, sistem warden dan disiplin yang lemah dikesan sebagai antara punca berleluasanya budaya buli di SBP.

Susulan itu katanya, sudah tiba masa sistem warden dipertingkatkan demi mengekang budaya buli membabitkan pelajar di SBP.

“Pada saya warden dilantik perlulah dalam kalangan mereka yang betul-betul berkelayakan, berkemampuan dan tegas soal disiplin.

“Mereka perlu beri lebih perhatian terhadap pembentukan akhlak dan sistem sahsiah diri pelajar. Jika tidak isu buli ini akan berlanjutan,” katanya kepada Getaran.

Malah beliau berkata, pihak sekolah juga perlu menekankan kepentingan pemupukan nilai murni kepada pelajar.

“Nilai murni perlu diperluaskan di sekolah. Setiap pelajar harus ada sikap empati, sayang-menyayangi dan hormat-menghormati.

“Mereka sepatutnya menganggap setiap pelajar sebagai sahabat dan sama-sama belajar menjalani kehidupan di asrama dalam suasana harmoni,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, pihak sekolah tidak seharusnya menyembunyikan kegiatan buli daripada pengetahuan ramai semata-mata demi menjaga nama baik sekolah terlibat.

“Saya rasa kalau berlaku kes buli di SBP, pihak sekolah perlu melaporkan maklumat secara telus dengan segera bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut.

“Menteri Kanan Pendidikan pun sudah maklum bahawa setiap sekolah tidak boleh sorokkan kes buli yang berlaku. Jadi pengetua dan guru disiplin kena ambil tindakan tegas kepada pelajar terlibat,” katanya.

Beliau turut berpendapat pelaku perlu dikenakan tindakan tegas, termasuk dibuang sekolah sebagai pengajaran kepada mereka dan pelajar lain.

“Budaya buli adalah tabiat buruk yang perlu segera dikikis. Jadi mana-mana pelajar terlibat perlu dikenakan hukuman berat, termasuk dibuang sekolah.

“Ia perlu dilaksanakan sebagai pengajaran kepada ‘bakal pembuli’ untuk tidak melakukan perbuatan sama. Undang-undang lebih tegas juga diperlukan untuk mencegah budaya ini daripada terus berleluasa,” katanya.

Sementara itu, Lam Thye menasihati mangsa buli supaya berani tampil membuat laporan terhadap insiden menimpa mereka untuk tindakan susulan.

“Saya tahu ramai mangsa takut melaporkan kejadian buli menimpa mereka. Jadi setiap maklumat diterima perlulah dirahsiakan. Mangsa juga perlu dilindungi.

“Jika mangsa terus berdiam diri, ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Malah mangsa juga akan berdepan kemurungan dan trauma berpanjangan. Ini tidak baik untuk kesihatan mental mangsa,” katanya. - Getaran, 18 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

2

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Insentif RM100,000 Kepada 5 MRSM Terbaik SPM 2025

4

Pendidikan 2 bulan yang lalu

SPM 2025: GPN Bertambah Baik, Jumlah Calon Cemerlang Meningkat

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad