web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UPSI Tawar FLP Mudahkan Mahasiswa Peroleh Kelayakan Profesional

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2022 9:00AM

Md Amin (dua dari kiri), Marzita (kanan) dan Mohd Asri (kiri) pada pelancaran Program Kepimpinan Kewangan CGMA di Tanjung Malim, baru-baru ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bagi memudahkan laluan mahasiswa untuk mendapat kelayakan profesional selepas graduasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menawarkan Program Kepimpinan Kewangan (FLP), Akauntan Pengurusan Global Bertauliah ().

Program itu ditawarkan menerusi kerjasama dengan Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah (CIMA).

Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff , kerjasama dijalankan UPSI menerusi Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE) itu membolehkan pelajar memperoleh peluang terbabit selepas selesai pengajian dalam program ijazah sarjana muda dan sarjana yang mendapat akreditasi pihak CIMA.

“Sebagai sebuah universiti pendidikan terulung tanah air, UPSI mengalu-alukan jaringan kerjasama strategik, terutama dengan badan bertauliah antarabangsa, seperti CIMA untuk memperolehi kelayakan profesional,” katanya kepada Getaran.

Perasmian majlis pelancaran program itu diadakan secara hibrid di Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim, baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Marzita Puteh; Pengarah CIMA Asia Tenggara, Sam Chor; Pengurus Pembangunan Perniagaan CIMA Rushdan Rozlan dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti.

Md Amin berkata, sebanyak sepuluh program ijazah akan diakreditasi, dengan enam daripadanya adalah ijazah sarjana muda, termasuk program perakaunan, pendidikan perakaunan, pentadbiran perniagaan dan ekonomi.

Katanya, empat program ijazah lain adalah program sarjana dalam bidang sama.

“Ia sekali gus, memberi nilai tambah kepada mahasiswa yang mengikuti program ijazah sarjana muda dan sarjana untuk memperoleh kemahiran, kecekapan serta pemikiran supaya memenuhi kehendak majikan,” katanya.

Dekan FPE, Profesor Madya Dr Mohd Asri Mohd Noor berkata, FLP ditawarkan secara modular dan mempunyai empat peringkat, iaitu sijil, operasi, pengurusan serta strategik.

“Pelajar perlu mengikuti kursus secara dalam talian disediakan pihak CIMA, manakala tempoh pembelajaran adalah mengikut langganan setahun hingga tiga tahun, bergantung kepada keperluan pelajar.

“Program ijazah sarjana muda yang mendapat akreditasi, bermula di peringkat Operasi dan Program Sarjana bermula di peringkat pengurusan. Setiap peringkat mempunyai tiga modul dan satu kajian kes,” jelasnya.

Mohd Asri berkata, mahasiswa yang berdaftar dengan FLP perlu menduduki peperiksaan bagi setiap modul.

Ujarnya, mereka juga perlu menyelesaikan satu kajian kes untuk dianugerahkan kelayakan diploma bagi peringkat operasi, manakala kelayakan diploma lanjutan untuk peringkat pengurusan serta kelayakan profesional CGMA membabitkan peringkat strategik dan pengalaman bekerja berkaitan.

“CGMA adalah sebuah lantikan jawatan pengurusan perakaunan yang paling banyak, iaitu 137,000 penjawat di seluruh dunia,” jelasnya. - Getaran, 10 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

15 Maut, Bas Dinaiki Penuntut UPSI Terbabit Nahas

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan - KP Selangor

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Beri Peluang Anak Didik Berfikiran Kreatif, Pendidikan Berteraskan Realiti

4

Pendidikan 3 tahun yang lalu

UPSI Rangkul 4 Emas, 4 Perak Di ITEX 2023

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kastam Tumpas 5 Sindiket Dadah Antarabangsa, Rampas Narkotik RM300.72 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

oleh Sophia Ahmad