web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program Pertanian Di Kolej Vokasional Ditambah Baik

Pendidikan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2021 3:38PM

Radzi Jidin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TELUK INTAN - Kementerian Pendidikan sedang memberi penekanan khusus dan menambah baik program pertanian di Kolej Vokasional (KV) berikutan penyertaan pelajar dalam program berkenaan masih rendah di seluruh negara.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata pada tahun ini sebanyak 2,025 pelajar sedang mengikuti program pertanian di lima KV iaitu di Pasir Puteh, Kelantan; Dato’ Lela Maharaja, Negeri Sembilan; Teluk Intan, Perak; Chenor, Pahang dan Lahad Datu, Sabah dan angka itu lebih rendah daripada kapasiti sebenarnya.

Katanya, sebuah lagi KV di Pagoh, Johor, akan dibuka untuk pengambilan baharu dalam program berkenaan pada tahun ini.

“Sebab itu di peringkat kementerian kita memberi penekanan khusus kerana bidang pertanian ini adalah satu industri besar untuk diterokai dengan penggunaan teknologi sekali gus dapat (mewujudkan) kepakaran yang diperlukan dalam industri.

“Kita sedang dalam siri melawat beberapa KV pertanian untuk ditambah baik bagi pastikan ibu bapa melihat KV ini sebagai satu ruang untuk mereka hantar anak dalam bidang pertanian tetapi dalam konteks yang jauh berbeza yang mengambil kira teknologi terkini.

“Kita sedang melihat satu persatu apakah bidang kekuatan mereka seperti di KV Chenor lebih kepada Akuakultur; di KV Pasir Puteh, lebih kepada (Agroindustri) Ruminan, kita nak tengok bagaimanakah kita boleh tambah baik penawaran yang diberikan,” katanya selepas melakukan lawatan kerja ke KV (Pertanian) Teluk Intan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai persepsi ibu bapa yang masih kurang berkeyakinan memasukkan anak mereka ke KV, Radzi berkata perkara itu tidak sewajarnya berlaku kerana ada pelajar KV yang berjaya mendapat pekerjaan seperti KV Teluk Intan yang 100 peratus pelajarnya diambil bekerja atau bekerja sendiri selepas tamat pengajian.

Beliau berkata pihaknya sentiasa berusaha untuk memastikan pelajar KV memperoleh pendidikan seiring dengan perkembangan teknologi terkini bagi memastikan kesemua pelajar dapat dibiasakan dengan teknologi baharu terutama ketika menempuh industri kerja kelak.

“Kita sedar bahawa masih ada ibu bapa yang merasakan peluang yang diberikan di KV mungkin tidak menjanjikan masa depan yang baik hakikatnya, kita lihat data anak-anak ini diperlukan di luar sana dalam konteks industri dan ramai yang jadi usahawan,” tambahnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Jemputan Sertai Program Di Sekolah Harus Patuhi Garis Panduan - Fadhlina

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ayuh Meriahkan Hari Terakhir Program Setahun Kerajaan Madani

3

Kolum 2 tahun yang lalu

Pertanian Jitu Dan Internet Of Things: Masa Depan Keselamatan Makanan Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Skop LPNM Diperluas, Tingkat Produktiviti Komoditi Bernilai Tinggi

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad