web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM Jamin 147 Sekolah Dijadikan Pusat Pengundi Tidak Ganggu SPM

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 1:06PM

Radzi (tengah) ketika membuat lawatan di SMK Kota Masai 2 di Johor Bahru, Johor sempena SPM yang dilaksanakan di seluruh negara bermula hari ini hingga 29 Mac depan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan bahawa keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan 147 sekolah menengah di Johor sebagai pusat mengundi, tidak akan menjejaskan kelancaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, walaupun sekolah berkenaan digunakan untuk proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, ia tidak akan membabitkan bilik peperiksaan.

“Sebelum ini kita memang berbincang dengan SPR sekiranya suruhanjaya terbabit tidak menggunakan sekolah menengah, namun disebabkan kekangan tertentu, sebanyak 147 institusi berkenaan tetap akan digunakan.

“Jadi walaupun sekolah itu digunakan, ia tidak akan sentuh bilik peperiksaan. SPR ada kaedah dan sedang usahakan yang terbaik bagi memastikan proses peperiksaan berjalan lancar serta teratur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Masai 2 sempena hari pertama SPM 2021 di sini, hari ini.

Calon SPM di SMK Zainab I menduduki hari pertama peperiksaan itu di Johor.
Calon SPM di SMK Zainab I menduduki hari pertama peperiksaan itu di Johor.

Peperiksaan bertulis SPM 2021 dilaksanakan hari ini sehingga 29 Mac, manakala PRN Johor ditetapkan pada 12 Mac dengan pengundian awal diadakan pada 8 Mac ini.

Terdahulu, beberapa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Johor membantah keputusan SPR menggunakan sekolah menengah sebagai pusat mengundi.

Bantahan itu susulan laporan dibuat ibu bapa yang bimbang keputusan terbabit menyebabkan berlaku penularan COVID-19 di tempat peperiksaan, sehingga mengganggu tumpuan calon SPM.

Bagaimanapun, Radzi memberi jaminan proses sanitasi akan dilakukan selepas tamat proses pengundian bagi memastikan kawasan berkenaan dinyah cemar.

Sementara itu, Radzi berkata SPM 2021 berlangsung dalam skala lebih besar apabila menggunakan hampir semua kelas di sekolah.

“Seperti mana kita lihat, proses ini amat besar dan menyeluruh. Hampir semua kelas digunakan dan kita akan terus meninjau keadaan dari semasa ke semasa untuk memastikan perjalanan SPM teratur serta selamat,” katanya.

SPM 2021 menyaksikan seramai 407,097 calon menduduki peperiksaan itu di 3,000 pusat di seluruh negara, manakala seramai 50,317 daripadanya adalah calon di Johor. - Getaran, 2 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

16 Pusat Peperiksaan SPM Di Terengganu Berdepan Risiko Gelombang Keempat Banjir

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Lantikan Pengawas Peperiksaan Kalangan Orang Awam Terikat Peraturan, SOP

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Calon SPM Terjejas Banjir, KPM Ikut Garis Panduan Sedia Ada - Fadhlina

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

SPM 2023: Ujian Amali Sains Pada 5 Hingga 7 Disember Ini

Sorotan

1

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

3

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

4

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

5

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

6

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 minit yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kastam Tumpas 5 Sindiket Dadah Antarabangsa, Rampas Narkotik RM300.72 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

oleh Wartawan Getaran