Berita Terkini

3 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Kritikan Ibu Bapa ‘Contoh’ Positif, KPM Perlu Sedia Terima Teguran, Pandangan

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2022 9:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Apakah majlis perkahwinan idaman anda? Itu antara beberapa soalan yang ditanya dalam Ujian Bertutur Bahasa Melayu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 baru-baru ini.

Soalan itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan ibu bapa dan pelajar sendiri sehingga menjadi topik hangat yang diperkatakan di media sosial.

Majoriti mengkritik soalan tersebut kerana dianggap tidak sesuai dijawab pelajar, apatah lagi dalam tingkat usia yang seharusnya menjadikan pelajaran agenda utama.

Begitu pun pakar pendidikan berpendapat sebaliknya dan melihat perkara itu tidak sepatutnya dijadikan perdebatan ramai khususnya di media sosial.

Pensyarah Pusat Kajian Kesejahteraan dan Pendidikan Komuniti Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, soalan terbabit masih relevan kerana berdasarkan tema kemasyarakatan dan sosiobudaya yang amat dekat dengan diri rakyat.

Malah katanya, dalam ujian bertutur, fokus bukan pada kandungan soalan semata-mata, tetapi lebih kepada mengukur kecekapan berkomunikasi dan penggunaan bahasa lisan pelajar.

“Pada saya tiada masalah pentaksir bertanya soalan sebegitu. Tema perkahwinan atau tempat kita suka pergi bercuti, soalan-soalan ringan ini boleh ditanya dalam ujian lisan tetapi tidaklah bersifat soalan utama.

“Maksudnya ia boleh dijadikan satu soalan pembukaan misalnya untuk menenangkan calon. Jadi pentaksir mulakan dengan soalan yang mudah dahulu. Pada saya soalan-soalan seperti itu lebih bersifat untuk memberi keselesaan kepada calon,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Namun beliau tidak bersetuju sekiranya soalan berkenaan dijadikan soalan utama dalam ujian tersebut.

Katanya, bagi soalan utama, pelajar sepatutnya ditanya mengenai isu yang lebih baik terutamanya berkaitan perubahan iklim, teknologi dan inovasi, sistem pendidikan atau sukan.

“Untuk jadi soalan utama saya rasa tidak begitu sesuai. Walaupun kita mengukur kecekapan komunikasi, kita juga mengharapkan pelajar mempunyai pengetahuan lebih baik mengenai isu semasa.

“Saya percaya ada bermacam-macam soalan bukan hanya pasal tema perkahwinan sahaja.  Kebetulan ada pelajar dapat soalan berkenaan, jadi bila dia bercerita maka ramai mula persoalkan. Jadi penggubal perlu lebih berhati-hati, buat soalan berkualiti pada masa hadapan,” katanya.

Dr Anuar Ahmad
Dr Anuar Ahmad

Pada masa sama Anuar berkata, perkara yang dibangkitkan itu juga sebenarnya perlu dilihat dari sudut positif.

Katanya, kritikan tersebut menunjukkan ibu bapa hari ini lebih prihatin terhadap pendidikan anak masing-masing.

“Walaupun ramai mengecam tapi cuba lihat dari sudut positif bagaimana ibu bapa itu begitu sensitif, prihatin dan mengambil berat tentang soalan yang ditanya kepada anak mereka.

“Pada saya ia bagus dan perkara baik yang perlu kita galakkan. Maksudnya sekarang sampai ke peringkat soalan pun ibu bapa nak tahu dan beri pandangan mereka, jauh berbeza dengan situasi sebelum ini, apabila ibu bapa kita dulu-dulu sekadar bertanya, boleh jawab (soalan) atau tidak. Zaman sudah berubah,” katanya.

Justeru beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) perlu lebih bersedia untuk menerima pandangan, teguran dan kritikan bagi memperbaiki mutu sistem pendidikan negara pada masa hadapan.

“Ibu bapa hari ini lebih bersikap terbuka dan kritikal. Perkara itu memang berlaku di semua negara termasuk negara maju. Sebab itulah cabaran KPM dalam bidang pendidikan dah tak sama macam dulu.

“Jadi tingkah laku kementerian pun tak bolehlah macam dulu. Malah pemikiran takut dikritik, takut dilihat salah itu tidak sepatutnya ada hari ini. KPM kena lebih terbuka dan menggalakkan lebih hubungan komunikasi antara masyarakat dengan kementerian,” katanya.

Tegasnya jika KPM masih kekal di takuk lama, ia akan memberi kesan kepada kualiti sistem pendidikan di negara ini.

“KPM sepatutnya lebih memahami apa sebenarnya yang diharapkan ibu bapa. Hari ini buat perbincangan dan penambahbaikan, kalau salah kita minta maaf. Kalau kita beranggapan kita selalu betul maka kita berdepan banyak isulah.

“Samalah macam isu beg berat yang masih belum selesai sehingga hari ini. Jadi inilah masa terbaik untuk KPM mengambil kaedah baharu dalam melaksanakan sistem pendidikan negara. Tak boleh lagi duduk dalam pejabat sahaja, mereka kena lakukan perbincangan bersama masyarakat,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati majoriti guru mempertahankan soalan tersebut yang dianggap masih wajar untuk ditanya kepada calon SPM.

“Maaf saya guru pentaksir, soalan ketiga tema kebudayaan. Pada saya tidak salah pun soalan tu sebab dalam teks membincangkan tentang kebudayaan seni warisan orang Melayu.

“Jadi ikutkan pelajar perlu menjawab berkenaan kebudayaan kaum. Soalan ini saya ulang dua kali kepada pelajar perempuan dan lelaki. Jawapan mereka sangat matang.

“Pada saya pelajar hebahkan kerana ini saja soalan paling senang dalam lapan set soalan yang diberikan,” kata Ieka Aisy. - Getaran, 13 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

4

Pendidikan 3 bulan yang lalu

16 Pusat Peperiksaan SPM Di Terengganu Berdepan Risiko Gelombang Keempat Banjir

Sorotan

1

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

2

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

3

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

ANAK: Individu Tanpa Kerakyatan Menjadi ‘Hantu’ Di Negara Sendiri

Semasa 2 jam yang lalu

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 jam yang lalu

10 Anggota Dan Pegawai TLDM Maut, 2 Helikopter Bertembung Di Lumut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 5 jam yang lalu

APM Selamatkan Kanak-kanak Terperangkap Dalam Kereta Di Bukit Bintang