web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Subjek Pendidikan Islam Membebankan, Tidak Relevan Diajar Di Sekolah Kebangsaan?

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2022 6:00PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun sekolah baharu sahaja kembali dibuka Isnin lalu, kecoh di media sosial apabila seorang bapa meluahkan rasa tidak puas hati mengenai subjek Pendidikan Agama Islam (PAI) yang diajar terlalu lama berbanding subjek lain di sekolah rendah.

Menurut individu tersebut, subjek itu diajar lebih lima jam seminggu, menyamai Bahasa Inggeris.

Katanya, situasi itu berbeza dengan Matematik dan Sains yang masing-masing hanya diajar selama dua jam 30 minit serta satu jam 30 minit.

Lebih menyedihkan, kenyataan itu disokong segelintir ibu bapa yang merasakan subjek tersebut sudah tidak lagi relevan diajar di sekolah rendah.

Isu itu membangkitkan kemarahan orang ramai yang majoritinya tidak bersetuju dengan pendapat tersebut.

Menurut mereka, subjek terbabit wajar diberi keutamaan dan bukannya dikurangkan waktu kerana agama merupakan teras dalam kehidupan.

Malah, ramai berpendapat subjek agama sangat penting untuk pembentukan sahsiah seorang pelajar agar mereka dididik dengan akhlak mulia.

Kata mereka, penguasaan ilmu akademik dan agama perlu bergerak seiring supaya kedua-duanya dapat dikuasai dengan baik.

“Agama Islam, agama syumul merangkumi segala ilmu dunia dan akhirat yang kita sangat perlukan serta kita amalkan sejak buka mata hinggalah tutup mata.

“Jangan risau dalam Islam juga ada Sains, Matematik, Geografi dan sebagainya, malah ada juga ilmu adab, kebersihan, ibadah, kasih sayang, semua lengkap,” kata Zi Han.

“Tasmik atau bacaan al-Quran itu sangat bagus. Murid dibimbing setiap orang supaya pandai dan betul bacaan, kadang tafsir turut diajar. Bila mengaji di surau atau ustazah kampung, tinggal drill (melatih) bacaan dengan lancar. Alhamdulillah,” kata Shalala Sondra.

“Ya Allah, saya lagi suka kalau lebihkan subjek sekolah agama sebab kita nak ajar kat rumah tak ada masa. Biarlah dia belajar di sekolah lagipun kita hidup di dunia perlu persiapan diri untuk akhirat kelak. Atas dunia ini tak kekal,” kata Ida Syahidah.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin memaklumkan Dewan Rakyat bahawa mata pelajaran PAI telah ditetapkan sebagai subjek teras yang mesti dipelajari murid Islam.

Katanya, pengajaran subjek itu bukan sahaja tertumpu di semua sekolah kerajaan, malah sekolah bantuan kerajaan dan swasta di seluruh negara seperti termaktub mengikut Seksyen 50(1) Akta Pendidikan Negara.

Bahkan beliau berkata, pentaksiran bagi subjek tersebut adalah melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk semua peringkat sekolah.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) turut melaksanakan pelbagai usaha untuk menangani masalah kekurangan guru Pendidikan Islam di seluruh negara.

Jelas Mohamad, ketika ini negara hanya mempunyai 40,713 guru subjek itu bagi sekolah rendah dan 16,024 di sekolah menengah. - Getaran, 13 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

2

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Insentif RM100,000 Kepada 5 MRSM Terbaik SPM 2025

4

Pendidikan 2 bulan yang lalu

SPM 2025: GPN Bertambah Baik, Jumlah Calon Cemerlang Meningkat

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran