web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


GAMIS Tuntut KPT Penuhi 7 Permintaan, Selesai Isu Babit Mahasiswa

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 6:04PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu memenuhi tujuh tuntutan Gabungan Mahasiswa Islam-Malaysia (GAMIS) bagi memastikan isu membabitkan mahasiswa diberi perhatian dan diselesaikan sebaiknya.

Presiden GAMIS, Muhammad Arif Hakimi, berkata pihaknya menyambut baik komitmen kerajaan untuk melibatkan anak muda dalam agenda pemulihan negara, justeru tuntutan terbabit membolehkan suara mahasiswa didengar.

“Tuntutan pertama adalah KPT perlu mengeluarkan garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) yang jelas dan segera bagi kemasukan pelajar ke semester baharu, malah pemakluman ini harus dibuat sebulan awal untuk memberi ruang kepada pertubuhan mahasiswa mengemukakan pandangan.

“Kami juga mahu kemudahan suntikan vaksin secara walk in diberikan kepada mereka di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berdekatan atau di universiti ditetapkan sebelum semester baharu bermula,” katanya.

Muhammad Arif berkata, mahasiswa juga menuntut budi bicara Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membenarkan kemudahan fasiliti di universiti digunakan mahasiswa, selain memberi kebenaran untuk aktiviti riadah dijalankan di dalam kampus dan melanjutkan operasi premis sehingga jam 10 malam.

Selain itu, katanya, mahasiswa menuntut pembayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditangguhkan selama enam bulan dan bantuan one-off kepada golongan itu sebanyak RM250 dikembalikan.

Jelasnya, KPT dengan kerjasama universiti dan industri perlu menyediakan pelan solusi komprehensif bagi membantu meningkatkan nilai kebolehpasaran graduan.

“Terakhir, KPT dan universiti perlu mengambil langkah proaktif bagi memantau serta membendung masalah sosial dan kesihatan mental mahasiswa yang kian membarah.

“GAMIS mengharapkan kerajaan baharu memandang serius perkara ini dan mengambil tanggungjawab untuk memastikan kebajikan mahasiswa terbela,” katanya. - Getaran, 30 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 minggu yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Tiada Perbincangan Untuk Benarkan Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM - Zambry

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

KPT Kaji Ekosistem TVET Bagi Mantapkan Sistem Pendidikan Teknikal, Vokasional Negara

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

KPT Serah Kepada IPT Tunjuk Solidariti Kepada Palestin Ikut Cara Masing-Masing

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar