Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Industri Muzik Tempatan: 'Ctrl + Alt + Delete'

Industri hiburan sedang tenat, tetapi perubahan harus datang daripada kedua-dua belah pihak-- industri dan penonton.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2021 9:40AM

Tuju di acara konsert atas talian Malaysia Live! Gambar: Visualscape (IG : @vscape_)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak bertahun berada dalam industri ini, saya telah melalui pelbagai perubahan. Zaman kegemilangan di mana para artis berjaya di pentas rakaman dan persembahan secara langsung, biarpun ada orang tengah dalam pelbagai rupa (syarikat rakaman, pengurus, pengelola dan lain-lain) mereka masih mampu menyara kehidupan masing-masing.

Pertunjukan dalam ajnas bentuk dan saiz berlangsung di seluruh negara, sewaktu jenama rokok dan minuman keras dipersoalkan dan tidak diizinkan untuk menaja acara, tika rambut panjang dianggap pencetus kejahatan sehingga kita terlepas menyaksikan dua kumpulan muzik antarabangsa yang paling berkemampuan gara-gara tanggapan tersebut (Chicago & Toto), kala seluar jeans koyak dipandang hina, tatu dianggap petanda masalah serta rambut berwarna dilihat seperti petanda kiamat.

Melewati segala pengharaman serta usaha untuk membendung dan mengawal, industri muzik kita masih diurus untuk maju sambil melahirkan pemuzik, lagu dan pertunjukan terbaik demi menghibur penduduk sebuah negara tanpa mengira genre dan masih mengekalkan identiti kita.

35 tahun kemudian kita menemui bapa segala masalah-- mampukah industri muzik bertahan dalam pandemik COVID-19? Semua orang membicarakan norma baharu, namun kita telah mengambil 30 tahun semata-mata untuk menghilangkan stigma "Ahli muzik? Memang pantang datuk nenek aku ahli muzik. Anak tidak mengenang jasa!"

Norma Baharu

Mereka yang paling cekap dalam industri adalah mereka yang mampu beradaptasi dengan cepat. Perubahan masa kini berlaku dalam sekelip mata hingga kita diharap dapat mengikuti semua ini dan pada saya industri kita telah berjaya melakukannya tanpa bantuan sebarang agensi atau perlindungan.

Pertama sekali, perlu difahamkan bahawa industri muzik terdiri daripada beberapa sektor-- penghibur di acara malam, para sesionis, pemuzik jalanan, pemuzik klasik, pemuzik budaya, artis rakaman, orang yang bekerja secara langsung dalam penghasilan muzik, orang bekerja dalam perniagaan muzik dan mereka yang melengkapi bahagian lain melalui sokongan dalam industri.

Dari situ kita boleh bahagikannya kepada dua jenis bahagian-- artis (barisan hadapan yang dilihat oleh semua orang) serta para pekerja di belakang tabir yang terdiri daripada para pemuzik, penari dan segerombolan yang lain yakni penerbit, komposer, penulis lirik, jurutera audio, jurutera lampu dan cahaya, jurutera grafik, pembina set dan pentas, krew tambahan, jurugegas, pengiring, penjual tiket, para promoter, pemilik studio rakaman dan latihan, pemilik lokasi acara, penerbit hakcipta muzik, pegawai seranta, juruvideo dan gambar dan lain-lain. 

Di belakang tabir acara Malaysia Live! Gambar: Visualscape (IG : @vscape_)
Di belakang tabir acara Malaysia Live! Gambar: Visualscape (IG : @vscape_)

Walau bagaimanapun, norma baharu yang menentukan sama ada sebuah acara adalah gabungan penonton terhad dan atas talian atau 100% secara maya tanpa penonton langsung, hanya mampu bertahan dalam sektor tertentu, seperti penyiaran (mereka sudah ada penonton mereka).

Apa sahaja yang dibuat secara langsung dan di lokasi akan terjejas. Tiada pengganti untuk persembahan langsung. Sebuah persembahan langsung bukan sahaja mendekatkan para penghibur yang membuat persembahan, malah muzik dan penonton juga mainkan peranan dalam satu perhubungan emosional yang unik kala menikmati muzik bersama orang lain. Setiap persembahan langsung juga adalah satu pengalaman khas yang mempunyai kesudahan berbeza atau tidak dijangka serta membabitkan tindak balas daripada penonton di lokasi.

Ia adalah mustahil untuk sebuah pengalaman atas talian menghasilkan kepuasan yang sama. Biarpun teknologi memberikan cara mudah untuk menikmati muzik, orang ramai masih perlu menghadiri acara sebenar secara langsung untuk interaksi sosial dan pengalaman emosi yang terhasil rentetan acara tersebut.

Untuk mengatakan bahawa para penghibur dan karyawan muzik hari ini tidak terbiasa dengan kekangan serta perubahan adalah tidak benar. Untuk maju, perubahan tidak dapat dielakkan.

 

Angin Perubahan

Orang paling cepat beradaptasi dengan situasi ini ialah para artis yang (tergantung di paras mana mereka berada) mampu meraih interaksi atas talian dan mendekati para peminat lewat penstriman langsung untuk mendapatkan wang atau tajaan atau persekutuan jenama. Mereka yang boleh melakukan persembahan dengan minus one (atau dengan iringan muzik rakaman) atau bermain muzik sendiri akan mampu bertahan. Ini hanya tertakluk bagi artis yang sudah mempunyai nama serta status sosial. Bagaimana pula dengan para pendatang baru serta mereka yang bekerja di belakang tabir yang meliputi sebahagian besar majoriti?

Ada yang sangat inovatif dan boleh merakam trek muzik setiap pemuzik di rumah mereka dan menggabungkannya dengan vokal serta visual yang dirakam sendiri menggunakan telefon bimbit atau kamera.

Usaha yang diambil untuk melaksanakan semua ini tidak akan setara dengan pulangan dan berapa kali mereka mampu lakukan semua ini sendiri? Persembahan seperti ini tidak memerlukan jumlah pekerja yang sama banyak seperti acara langsung. Ini bermakna kebanyakan orang yang bekerja secara bebas terpaksa menganggur.

Para pengelola acara seluruh dunia telah mencuba konsert di tepi kolam renang sambil disaksikan oleh para penonton dari dalam bilik hotel masing-masing, penonton dijarakkan dari pentas, konsert pandu-masuk dan kelab mengadakan kapasiti separa penonton serta penstriman atas talian untuk pembeli tiket. Usaha sedemikian tidak berbaloi dengan pulangan pendapatan khasnya di Malaysia di mana jumlah pembelinya sangat kecil.

Menikmati konsert dari dalam tuk tuk di Amazing Tuk Tuk Festival di Bangkok, Thailand Ogos lalu. Gambar:  Credit Mladen Antonov / AFP
Menikmati konsert dari dalam tuk tuk di Amazing Tuk Tuk Festival di Bangkok, Thailand Ogos lalu. Gambar: Credit Mladen Antonov / AFP

Pekerja bidang perniagaan muzik adalah yang paling cepat beradaptasi. Dari piring hitam dua trek, ke kaset dan cakera padat dan kini pengstriman bersama audio dan video atas permintaan. Dari analog ke digital, dari TV ke telefon, lagu-lagu hit masa kini menjadi basi dengan pantas. Untuk mengatakan bahawa para penghibur dan karyawan muzik hari ini tidak terbiasa dengan kekangan serta perubahan adalah tidak benar. Untuk maju, perubahan tidak dapat dielakkan.

Namun dalam kes pandemik ini perubahan drastik muncul tanpa sebarang amaran. Pendapatan menghilang dan harapan masih kabur. 

Sementara pengelola acara dan lokasi kekal dalam ketidakpastian, penerbitan muzik terus mara dengan berani dan pemuzik mencuba sedaya-upaya. Dan saat peluang muncul, tiba-tiba sebuah rancangan yang dirakam menyerlah dari kegelapan industri.

Video atas permintaan dan tontonan tanpa henti semakin menyelinap masuk secara perlahan sejak 30 tahun lalu dari tahun 1990-an dan kini semua itu mengubah cara penonton menikmati rancangan video. Baik di saluran media sosial atau di wadah perkhidmatan penstriman berbayar, ada mentaliti 'saya memilih apa dan bila saya ingin menonton, tanpa tergesa-gesa.' Dengan keselesaan menonton di rumah, keperluan untuk menjadi sebahagian daripada aksi atas talian menjadikan pengalaman agak kurang menarik lantas kurang jugalah jualan tiket.

Anjakan Paradigma

Sebenarnya ia akan memakan masa untuk mengubah pemikiran dan tingkah laku tentang cara menikmati muzik secara langsung. Dulu semasa perubahan melanda, transisi berperingkat telah membenarkan orang ramai untuk bertahan dan akhirnya menerima perubahan. Mereka yang bekerja di dalam industri telah berubah dengan pantas kerana bijak meningkatkan kemahiran dan mempelajari benda-benda baharu demi kelangsungan hidup namun mereka tidak dapat mengawal penerimaan penonton terhadap perubahan ini. Ia memakan masa dan wang untuk terus melakukan sesuatu sehingga ia diterima sebagai norma baharu. Sementara itu kita masih perlu bertahan.

Sambil kita berfikir, menyusun strategi dan mengolah semula industri, kita perlu pastikan kita tidak kehilangan mereka yang telah membina, mengabdi dan memberikan jiwa raga mereka kepada dunia ini dari mula. 

Tiada yang merungut, kami hanya mencari cara untuk menyelamatkan industri. Kita perlu orang ramai mengerti bahawa industri yang sering mereka cari untuk menenangkan jiwa dan menghiburkan hati mereka sedang tenat dan perubahan budaya tidak berlaku dalam sekelip mata. Sehingga itu berlaku, kita hanya mampu bertahan. - Getaran 19 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Muzik 1 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 18 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Selebriti 6 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

Bagi Ziana, masih ramai lagi penyanyi yang sesuai mendapat pengiktirafan itu, yang tertinggi sebagai seorang penyanyi

oleh Helmi Anuar

Muzik 22 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor