web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MonoloQue Suntik Irama Gamelan Melayu Dalam 'Legenda'

Dalam keadaan dunia dilanda pandemik, ada ramai wira tidak didendang yang harus dihargai. Maka versi baharu 'Legenda' ini meluaskan elemen penghargaan terhadap para perwira ini dalam bentuk irama.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2021 8:56AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Legenda', sebuah lagu malar segar nyanyian Datuk Sheila Majid kini diberi nafas dan interpretasi baharu oleh kumpulan monoloQue dengan suntikan alunan irama gamelan Melayu.

Gubahan baharu yang turut menampilkan Orkes Gamelan Pahang DiRaja dan Kimal daripada kumpulan Margasatwa menghasilkan keunikan tersendiri terhadap lagu ciptaan Fauzi Marzuki, Jenny Chin dan Habsah Hassan itu.

Menurut teraju monoloQue, Khairil Ridzwan Anuar, 44, yang lebih dikenali sebagai Loque, sungguhpun 'Legenda' telah digubah 180 darjah dengan unsur muzik baharu namun saripati jiwa lagu tersebut iaitu irama asal dikekalkan.

Bagi Loque, peluang memperbaharui lagu yang pada asalnya sebuah penghargaan kepada permata seni Tan Sri P.Ramlee ini adalah satu penghormatan.

“Bukan tujuan kami untuk bersaing dengan versi asal 'Legenda' daripada Datuk Sheila Majid yang semestinya tiada tandingannya,” katanya dalam sebuah kenyataan media.

Namun, dalam keadaan dunia dilanda pandemik, ada ramai wira tidak didendang yang harus dihargai bermula daripada para petugas barisan hadapan seperti jururawat, doktor, polis, askar hingga para penghantar makanan, posmen, pekerja pembersihan dan pekerja restoran.

Maka versi baharu 'Legenda' ini meluaskan elemen penghargaan terhadap para perwira ini dalam bentuk irama.

Loque dan Kimal dari Margasatwa
Loque dan Kimal dari Margasatwa

“Semuanya adalah wira yang berjasa besar kepada rakyat dan negara. Di kala berhadapan ‘perang halimunan’ ini, semuanya adalah legenda,” jelas beliau lagi.

Loque juga berharap versi lagu tersebut menjadi petunjuk arah kepada versi asal Datuk Sheila Majid di samping sebagai rujukan terhadap evolusi bunyian gamelan Melayu.

Sementara itu, Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Pahang merangkap Penerbit Eksekutif album, Datuk Farid Abdul Jalal berkata, 'Legenda' dipilih kerana mempunyai maksud yang jelas dan luas.

“Saya berpendapat bahawa 'Legenda' versi baharu ini boleh diperluaskan lagi sebagai penghargaan kepada mereka yang telah berkorban kepada negara dan memberi sumbangan kepada masyarakat setempat.

“Ini termasuklah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang memainkan peranan besar dalam evolusi tumbesaran gamelan Melayu,” katanya.

'Legenda' dimuatkan dalam sebuah album berkembar yang bertajuk Lagu Perang (Bunyian Gamelan Melayu di Abad ke-21) yang tersedia dalam bentuk fizikal dan boleh dibeli secara langsung daripada monoloQue. Lagu-lagu monoloQue juga didengar di platform digital Spotify, Apple Music, Deezer dan Tidal. - Bernama

Gambar: Ihsan monoloQue

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Legenda Olahraga Negara, Hanapiah Nasir Meninggal Dunia

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Lagu ‘Dia Datang’ Abad ke-21, Loque Tampil Membawa Nafas Baharu Dengan Menyuntik Elemen Gamelan Melayu

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Sentiasa Dilabel ‘Syok Sendiri’ Setiap Kali Berkarya, MonoloQue Tidak Peduli Dengan Kritikan Dan Kecaman

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Menelaah Cinta Dalam Lagu Terbaru MonoloQue!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 8 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN