web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RIM Tubuh Dana Tabung Kecemasan Bantu Pengamal Industri Muzik Yang Terjejas 

Inisiatif amal RIM ini dimulakan dengan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada Kid (gitaris kumpulan popular Search) untuk rawatan barah isterinya dan akan disusuli dengan komposer terkenal, Ross Ariffin dengan jumlah yang sama. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2021 9:00AM

Pengerusi RIM, Rosmin Hashim

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) telah mengambil inisiatif untuk membantu pengamal industri muzik yang memerlukan bantuan kewangan segera dengan pembentukan Dana Tabung Kecemasan.

Di bawah inisiatif ini, penerima terpilih yang terdesak memerlukan bantuan ini  terdiri daripada mereka yang terlibat atau telah menyumbang kepada industri rakaman dan  pendapatannya terjejas teruk atau hilang sepenuhnya akibat pandemik COVID-19.

Pengerusi RIM, Rosmin Hashim berkata, pihaknya amat prihatin dengan dengan nasib dan penderitaan ramai pengamal industri muzik yang terkesan akibat pandemik ini.

“Banyak projek rakaman yang terhenti dan ia secara tidak langsung menjejaskan pendapatan mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup. 

“Pertunjukan secara langsung juga terhenti dengan adanya sekatan yang dilaksanakan sehingga menyukarkan ekosistem industri muzik untuk menjana pendapatan berterusan buat pengamal industri muzik,” katanya. 

Menurut Rosmin lagi, sejak perlantikan Ahli Majlis Baru RIM untuk penggal 2021-2023, pihaknya aktif merangka pelbagai strategi bagi mengembangkan industri muzik tempatan seterusnya memberi manfaat kepada ahli. 

Kid Search (digambarkan di sini bersama penyanyi Khai Bahar) adalah antara penerima bantuan Dana Tabung Kecemasan RIM. Gambar: Twitter @khaibahar94_
Kid Search (digambarkan di sini bersama penyanyi Khai Bahar) adalah antara penerima bantuan Dana Tabung Kecemasan RIM. Gambar: Twitter @khaibahar94_

“Dana Tabung Kecemasan ini adalah salah satu inisiatif utama yang memerlukan pelaksanaan segera kerana kesukaran dialami ramai penggiat seni muzik disebabkan COVID-19. 

“Sumbangan ini mematuhi parameter dan syarat yang memungkinkan kami membuat pilihan serta keputusan berhubung penerima dana sebaik mungkin.

“Kami berharap bantuan ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada mereka yang terjejas,” katanya lagi. 

Jelasnya lagi, RIM sebenarnya  sedang merancang aktiviti pengumpulan dana berskala lebih besar dengan kerjasama Persatuan Penerbit Malaysia (MPA) yang melibatkan pertandingan menulis lagu dan proses bidaan lagu untuk disalurkan kepada pengamal industri muzik yang memerlukan. 

RIM akan terus meneroka peluang kolaborasi lain dengan kumpulan atau badan yang berkaitan industri muzik untuk pengumpulan dana bagi inisiatif amal kami seterusnya di masa hadapan,” katanya. 

Ross Ariffin. Gambar: Facebook Ross Ariffin
Ross Ariffin. Gambar: Facebook Ross Ariffin

Inisiatif Amal RIM dimulakan dengan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada Kid (gitaris kumpulan popular Search) untuk dana rawatan barah isterinya. Sumbangan RM1,000 juga akan diberikan kepada komposer terkenal, Ross Ariffin yang nasib malangnya dipaparkan di media baru-baru ini. 

RIM juga sedang bekerjasama dengan Persatuan Pemuzik Malaysia (MfM) untuk menyumbang sejumlah RM10,000 kepada 20 pemuzik rakaman yang tidak dapat mencari nafkah dengan penghentian projek rakaman lagu dan penutupan  banyak pusat hiburan. 

RIM akan terus mengenalpasti dari semasa ke semasa pengamal industri muzik lain yang memerlukan dana bantuan agar  mereka dapat kembali berdikari dan meneruskan kelangsungan hidup. - Getaran, 26 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 6 hari yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

2

Muzik 1 minggu yang lalu

AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

3

Muzik 3 minggu yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

4

Muzik 1 bulan yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa