web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 2:41PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Coretan Pilu’ – Awie

Suara seorang legenda memang sukar disangkal. Dan ini terbukti lewat karya ini nyanyian Datuk Awie, salah seorang vokalis lelaki terbaik Malaysia.

Berkat tahunan pengalaman bersama kumpulan Wings, suaranya masih utuh dan ‘Coretan Pilu’ adalah bukti kehebatannya. Biarpun usianya terus meningkat Datuk Awie melantunkan balada pop ini dengan begitu baik tanpa menghilangkan identiti rocknya yang tersendiri.

Dicipta oleh Ikhwan Fatana dan Wan Saleh dengan lirik sentuhan Ikhwan Fatana sendiri bersama penulis lirik tersohor Fedtri Yahya, tidak hairanlah jika lagu ini juga diangkat menjadi runut bunyi asli drama bersiri ‘Ayahanda’ di TV3.

Drama ini juga merupakan adaptasi daripada novel karya penulis tersohor, Allahyarham Azizi Hj. Abdullah A.M.N yang diterbitkan pada 1997. Yang pasti lagu ini tidak akan mengecewakan peminat yang merindui suara Awie.

 

‘Aku Budak Boy’ – Neon 

Neon mengubah langkah dengan menampilkan vokalis baharu mereka Boy yang juga pernah menyertai rancangan realiti ‘Suara Viral' tidak lama dahulu. ‘Aku Budak Boy’ ciptaan penuh Reyhan OAB merupakan satu cubaan yang baik untuk penjenamaan semula kumpulan Neon.

Apatah lagi dengan suara Boy yang semestinya tidak perlu dipertikaikan lagi. Kali ini saat dicantumkan vokalnya dengan iringan muzik rock kumpulan Neon, ia melahirkan sesuatu yang bagus dan kedengaran lebih muda.

Sungguhpun begitu ini permulaan yang baik untuk pelancaran kerjaya muzik Boy. 

 

‘Yo Yo Oh’ – Nisha Haque

Seorang lagi lulusan rancangan realiti ‘Vokal Mania’ mencuba nasib dalam industri seni suara dan kali ini pendatang baru bernama Nisha Haque memberikan sesuatu yang segar dan berbeza.

Selain suaranya yang unik dan merdu, lagu ciptaan penuh Sirkhan, Adi Ros dan Aden King ini ada sedikit kelainan berbanding apa yang kita dengar di radio setiap hari.

Muzik yang rancak dan lirik yang mudah dengan judul ‘Yo Yo Oh’ menunjukkan bahawa lagu ini ada harapan dan senang diingati jika diberi promosi secukupnya. Tahniah buat Nisha dan para pencipta karya ini.

 

‘Jika Benar’ – Yushini Qistina

Sebaik sahaja mendengar pembukaan lagu, saya sudah terpaut. Suara gadis Singapura ini ada sesuatu yang menarik. Lebih indah ia disulam mesra bersama melodi dan lirik ciptaan The Lionstory iaitu Haramain Osman dan Judah Lyne.

‘Jika Benar’ bukan balada atau lagu yang terlalu rancak tapi bernada midtempo dan ia merupakan lambang kebangkitan muzik Melayu Singapura yang semakin hari semakin progresif.

Dengan irama memuncak selepas korus pertama, lagunya semakin meruntun dengan iringan lirik yang dilagukan. Semoga Yushini Qistina dapat pergi lebih jauh dari Singapura.

 

‘Pada Kamu’ – Dila Junaidi

Mudah dan sedap didengar. Itu yang mampu saya rumuskan tentang lagu ‘Pada Kamu’ dendangan vokalis Brunei Dila Junaidi. Rentaknya yang mudah namun menghiburkan mengingatkan saya kepada lagu-lagu berbahasa Inggeris dari artis antarabangsa.

Bezanya lagu ini di dalam Bahasa Melayu. Ia juga melawan arus lagu-lagu pop Melayu lain yang biasanya berkonsep balada sedih. Mesej lagu ini lebih positif dan unsur muziknya juga lebih menceriakan.

Semoga peluang Dila Junaidi untuk bersinar dalam arena seni suara akan lebih cerah di masa terdekat ini. - Getaran, 14 Julai 2021.


 

Berita Berkaitan

1

Muzik 5 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 2 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 5 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN