web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘We Care’ Memberi Semangat Di Kala Pandemik

Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia Berhad berganding bahu untuk menyuntikkan kata-kata semangat buat semua.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keadaan pandemik COVID-19 yang semakin membimbangkan telah melahirkan rasa resah dan gelisah. Malahan ramai sudah pun hilang rasa positif dan mula berputus asa mengharungi badai ujian yang melanda kehidupan. 

Justeru itu, Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) rasa terpanggil untuk menyebarkan rasa positif dan kata-kata semangat kepada semua rakyat Malaysia khususnya dalam tempoh yang serba mencabar ini. 

Dengan ini, mereka telah berganding bahu dalam menghasilkan sebuah lagu berjudul ‘We Care’, yang bakal membantu anda bangkit dan menjadi lebih bersemangat untuk menjalani hari-hari.

Untuk pengetahuan semua, lagu ini telah dijayakan dengan hasil kerjasama artis-artis tempatan yang berbakat seperti Alvin Chong, Jannine Weigel, DOLLA, Nicole Lai, Rabbit Mac dan Jaja Iliyes.


 

Penyanyi rap, Rabbit Mac berkata “Saya ingin menyuntikkan kata-kata positif dalam rakaman lirik rap lagu ini agar ia dapat menggalakkan orang ramai menyemai rasa cinta dan kekal bersemangat mengharungi pandemik ini.

“Saya juga ingin mengingatkan para pendengar agar tidak berasa sendirian kerana akan selalu ada orang yang menyayangi kita walaupun kita tidak menyedarinya. Jadi janganlah melakukan sesuatu yang boleh meremukkan hati mereka.”

Walaupun lagu ini ringkas, namun ia membawa maksud mendalam dan dapat memberi kesan positif kepada sesiapa yang mendengarnya. Jaja mengingatkan para pendengar agar kekal semangat dan jangan putus asa bila menghadapi dugaan. 

“Jangan sesekali tewas dalam ketakutan. Malahan, kita harus sentiasa berani dalam menempuh segala cabaran dalam kehidupan. Sama seperti pandemik ini, semua orang menghadapi pelbagai cabaran yang berlainan, tetapi kita harus tetap kuat menanganinya bersama,” kata Jaja.

Sehubungan itu, bagi menghidupkan makna mesej ‘We Care’, Universal Muzik Malaysia dan Allianz Malaysia telah memberi peluang kepada kedua pemenang pertandingan ‘Share The Care’ untuk turut tampil dalam video muzik ini.

Selain itu, kumpulan artis ‘We Care’ turut menampilkan diri dalam sebuah konsert maya, ‘Pace with Care’ anjuran kedua syarikat ini. Jadi, bagi sesiapa yang ingin mendapatkan akses eksklusif siaran langsung, anda hanya perlu menyertai larian maya ‘Pace with Care’ dan jayakan larian sejauh 10 kilometer.  

Setiap peserta yang berjaya menamatkan larian tersebut bakal menerima pas percuma ke konsert ini dan berpeluang untuk menyumbangkan makanan kepada golongan yang memerlukan.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut dan berita terkini, jangan lupa ikuti Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia di laman sosial mereka di Instagram dan Facebook. – Getaran, 30 Jun 2021

Semua gambar: Universal Music Malaysia

Berita Berkaitan

1

Muzik 4 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 2 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN