Berita Terkini

6 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2021 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bebas - Sissy Imann

Secara peribadi, saya memang meminati suara Sissy Imann. Mungkin tidak semua mempunyai pandangan yang sama namun pada saya Sissy mempunyai vokal yang unik. Sesuai dengan pendidikannya di bidang muzik juga, Sissy bijak menggunakan suaranya di tempat yang betul. 'Bebas' merupakan karya terbaru Sissy yang dihasilkan sepenuhnya oleh Mas Dewangga, Jova Devito, serta Aden King. Berentak rancak dan agak catchy, 'Bebas' nampaknya sebati untuk generasi muda masa kini dengan nukilan lirik yang memperjuangkan keinginan wanita untuk bebas. Namun sejujurnya lagu ini perlu bersaing dengan lambakan karya yang mempertaruhkan genre muzik yang sama. Apa pun, syabas buat pasukan ini dan Sissy untuk satu percubaan yang lain daripada balada pop yang sarat membanjiri radio.

Naik - Abubakarxli featuring Shalma Eliana

Tsunami hip hop terus melanda Malaysia dan karya ini ciptaan Shazee Ishak, Tilla Hanna, Mambang, serta Abubakarxli menunjukkan bahawa inovasi genre muzik ini tiada batasan. Sejak memasuki industri hip hop arus perdana Abubakarxli terus cuba mencuri perhatian pendengar muzik serumpun. Dengan gayanya yang tersendiri, lagu ini mempunyai rentak yang mudah diingati. Malah penampilan Shalma Eliana turut membantu menyedapkan lagi lagu ini dengan suaranya yang jelas dan mudah dinikmati. Lagu ini juga mempunyai peluang untuk menjadi popular  jika diberi ruang udara yang lebih banyak. Terus naik Abubakarxli!

Kau Bidadari - Syafiq Farhain

Syafiq Farhain si pegawai bomba yang juga penyanyi kegilaan ramai tampil dengan sebuah lagi lagu untuk menghiburkan peminatnya. Namun susah untuk melupakan bahawa Syafiq ini merupakan anak kepada Allahyarham Saleem, bekas vokalis kumpulan Iklim kerana nada suaranya begitu mirip dengan arwah ayahnya. Sekeras mana pun dia mencuba untuk menyanyi dengan gaya yang berbeza namun warna vokal tidak berbohong. Walau bagaimanapun, itu bukanlah sesuatu yang negatif kerana suara arwah ayahnya memang sedap dan hebat. Sungguhpun begitu, lagu 'Kau Bidadari' ini nampaknya lebih sesuai untuk golongan pendengar tertentu sahaja dan bukan semua pencinta muzik. Unsur pop Melayunya yang sarat dengan melodi mendayu-dayu membuatnya agak susah untuk menyerlah dengan puluhan lagu berentak serupa. Namun ia satu cubaan yang baik dan pasti akan menarik minat mereka yang menyukai lagu sebegini.

Jeritan - Ezah Hashim

Sejajar dengan visi kami untuk mendekati rakan-rakan pembaca di Brunei kami tampilkan lagu pertama dari penyanyi Brunei untuk segmen ulasan muzik serantau ini. Lagu yang berjudul 'Jeritan' ini sebenarnya merupakan lagu keempat penyanyi asal Brunei, Ezah Hashim. Dan untuk pengetahuan para pembaca di luar Brunei Ezah sebenarnya merupakan penyanyi yang popular dan diminati ramai di negara tersebut. Baru muncul di dalam industri sekitar beberapa tahun ini, Ezah mempunyai suara yang sangat merdu dan mengingatkan kita kepada penyanyi-penyanyi pop Melayu yang pernah mewarnai muzik Malaysia di hujung 90-an dan tahun 2000. Jeritan adalah ciptaan Ezah sendiri dengan lirik nukilan Sang Hikayat. Buat mereka yang meminati genre muzik pop Melayu, cuba dengarkan 'Jeritan' sulung kami dari Brunei minggu ini.

Bingkai Rasa - Ruang Hati featuring Heidi Moru

Tenang. Begitulah perasaan saat mendengar karya hebat ini. Bingkai Rasa merupakan sesuatu yang sangat segar dan berbeza dari apa yang sering kita disogokkan di corong-corong radio hari ini.  Mempertaruhkan lagu dan lirik ciptaan Syahir Cherpen iramanya begitu segar dan menusuk jiwa kala mendengar. Suara merdu Heidi Moru melengkapkan trek ini menjadikannya lebih indah. Kami yakin anda akan menerawang dan terbuai-buai saat getaran bunyi dari lagu ini menynetuh gegendang telinga anda. Mudah dan tidak memaksa Bingkai Rasa wajar dimainkan di putaran radio tempatan untuk membuktikan evolusi muzik Melayu mampu bervariasi dengan gubahan muzik yang indah dan ikhlas. Syabas Ruang Hati, Syahir Cerpen dan Heidi Moru!  - Getaran, 15 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Muzik 5 hari yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Muzik 3 bulan yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

3

Muzik 3 bulan yang lalu

Akhirnya Hindia Mendarat, Bawa Representasi Anak Muda

4

Muzik 4 bulan yang lalu

Noah Tidak Pernah Mengecewakan, Lebih 5,000 Peminat Terpukau Saksikan Konsert ‘Terakhir’

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 17 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Muzik 5 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

Konsert pada 28 April hadapan permulaan siri jelajah FOREVER Asia Tour.

oleh Rahayu MN