Berita Terkini

1 jam yang lalu: Cabaran negara pada Terbuka Thailand berakhir 1 jam yang lalu: Video bayi perempuan dikasari berlaku di pusat jagaan di Batu Caves 1 jam yang lalu: Persijilan logo halal JAKIM tidak cakupi skop makanan ternakan - DVS 1 jam yang lalu: UMS hargai peruntukan RM3 juta atasi masalah air - Naib Canselor 1 jam yang lalu: RM44 juta untuk atasi masalah bekalan air di Rengit - Ranhill SAJ

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu-lagu Serantau Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, Shah Shamshiri berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2021 11:58AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Roy' – TTONTHEMOVE

Gambar: Universal Music
Gambar: Universal Music

Mungkin ini sesuatu yang dinantikan dalam muzik hip hop tempatan. Sekumpulan anak muda yang bermula dari arena muzik underground telah menemukan jalan tengah antara muzik trap new school dan rock kapak. Lagu berjudul ‘Roy’ ini mendapat sentuhan lirik daripada Tulangkata, Boi Tasik, Leodin, dam13n, MUHsroom, B-Heart dan Zynakal. Ia juga diilhamkan oleh lagu malar segar ‘Pelesit Kota’ oleh kumpulan legenda Search sebagai rujukan kali ini. Disusun oleh kesemua ahli termasuk Zynakal, baris-baris lirik lagu ini memberi perspektif kepada subkultur 'mat motor' dan pengaruhnya pada cara hidup remaja abad ke-21. Memilih watak Azroy dari filem ‘Gila-Gila Remaja’ sebagai referensi, setiap baris padat dengan rujukan, metafora serta simbolisme dari dunia permotoran dan kehidupan sosial seperti yang dapat dilihat dalam filem tersebut. Projek yang dihasilkan semasa PKP ini dijangka akan memecah tembok antara muzik generasi lama dan baru. TTONTHEMOVE bersedia untuk mencuba genre ‘Trap Kapak’ bagi membuka perspektif baru dalam arena muzik hip hop tempatan.

 

 

'Cinta Denganmu' – Aisha Retno

Secara peribadi saya memang sudah meminati suara Aisha Retno sejak single pertamanya ‘Mengikat Jiwa’. Bakal menjadi salah seorang pelapis untuk pejuang muzik R&B Melayu, Aisha mempunyai nada vokal yang menakjubkan yang diwarisi daripada ibunya, seorang penyanyi kelahiran Indonesia. Malah pemenang kategori ‘Rookie’ untuk rancangan realiti 'Vokal Mania' ini juga berkebolehan menulis lirik seperti yang ditonjolkan dalam lagu ‘Karma’ nyanyian Kaka Azraff dan Jaz. Untuk lagu ‘Cinta Denganmu,' yang juga menjadi sebahagian daripada runut bunyi asli drama ‘Takdir Yang Tertulis’, Aisha melagukan karya ciptaan Farouk Roman dan Amylea, yang seperti biasa berat dengan nuansa balada ala Indonesia. Lagunya memang merdu namun jika dibandingkan dengan dua lagi lagu ciptaan Farouk dari siri drama yang sama iaitu ‘Karma’ dan ‘Putus’, ‘Cinta Denganmu’ mungkin kedengaran agak sama dan ini membuatnya agak sukar untuk menonjol. Walau bagaimanapun persembahan nyanyian Aisha tidak perlu dipertikaikan lagi dan kami yakin dia akan memberikan lebih banyak kejutan selepas karya ini. 

 

 

'Beku' – Elizabeth Tan dan Hazama

Ini merupakan satu kolaborasi yang tidak dijangka. Semua mengenali kedua-dua penyanyi berbakat ini namun sudah terbiasa dengan genre yang dibawa mereka. Lantas duet berjudul ‘Beku’ ini boleh dianggap satu kejutan yang menarik. Ciptaan bersama John Jeevasingham, Firdaus Rahmat dan Omar K dengan lirik yang ditulis oleh Firdaus Rahmat ini cuba mengangkat kisah memori cinta lama yang masih meninggalkan kesan kepada pasangan yang gagal dalam percintaan. Mengulas tentang lagu ini, Hazama sendiri berkata bahawa lagu ini bersifat universal, sebuah pengalaman yang mungkin pernah dirasai setiap orang. Walaupun sudah lama terpisah, kenangan cinta lama masih terpahat dan kadangkala sehingga kini memberi kesan mendalam kepada kita. Itulah mesej yang disampaikan dalam karya ini. Yang pasti tajuk lagunya sahaja sudah mencuri perhatian kerana kata ‘Beku’ jarang sekali dipakai dalam lirik sebuah lagu. Ditambah pula dengan suara unik Hazama serta Elizabeth Tan membuatkan lagu ini menjadi lebih menarik.

 

 

'Sinar Mata Hati' – Ernie Zakri

Karya terbaru Ernie Zakri ini pasti akan dibandingkan dengan karya-karyanya sebelum ini. Ciptaan komposer tersohor Helen Yap dan lirik oleh Slen, lagu ini merupakan sebuah balada yang sayu dan memberikan fokus kepada warna suara Ernie sendiri. Sejujurnya jika dibandingkan dengan lagu-lagunya seperti ‘Misteri’, ‘Ku Bersuara’ dan ‘Gundah’ lagu ini tidaklah segah tiga lagu tersebut. Namun ia memang layak dinyanyikan oleh Ernie kerana menepati warna vokalnya yang luas. Sungguhpun begitu lagu ini sebenarnya pernah dikeluarkan setahun yang lalu, cuma tidak giat dipromosikan. Moga-moga 'Sinar Mata Hati' mempunyai rezeki yang lebih besar tahun ini dan akan mengangkat nama Ernie lebih tinggi lagi. 

 

 

'Musnah' – Madam

Kumpulan rock pertama di bawah naungan Rocketfuel Entertainment, Madam, dianggotai oleh empat anak muda berbakat-- Putera (vokalis), Azuan (pemain bass), Herman (pemain dram) dan Fadhil (pemain gitar). Pernah tampil dengan single ‘Luka,’ kali ini mereka persembahkan sebuah lagu eksklusif yang hanya terdapat di wadah penstriman Joox. Lagu yang bergenre rock moden ini dicipta oleh penulis lirik hebat iaitu Amy Bong, manakala melodinya pula di susun oleh komposer terkenal Tanah Air, Zimi Sofazr. 'Musnah' mengisahkan tentang sepasang kekasih yang gagal dalam percintaan dan kisah cinta mereka yang pada awalnya bahagia kemudian berakhir dengan kemusnahan kerana tiada kesetiaan dalam perhubungan tersebut. Ia boleh dianggap sebagai prekuel kepada lagu mereka ‘Luka’. Sejujurnya, lagu ini rancak dan mengasyikkan. Ia memenuhi unsur sebuah lagu rock masa kini dan mempunyai korus yang mudah diingati. Klip videonya masih boleh ditonton di laman Youtube dan lagunya boleh didengari secara eksklusif di Joox. - Getaran, 10 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

MoU Dengan Malaysia Untuk Pengambilan Pekerja India Sedang Dibincangkan, Kata Menteri India

2

Muzik 15 jam yang lalu

Bakat Muzik Satukan 6 Beradik Di Pentas

3

Semasa 2 hari yang lalu

Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

4

Semasa 3 hari yang lalu

Menteri India V. Muraleedharan Adakan Lawatan Ke Malaysia Minggu Ini

Sorotan

1

Polis Rakam Keterangan Dr Mahathir

2

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

3

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

RIM Lancar Sumbangan Rahmah Industri Muzik, Bantu Penggiat Seni Muzik Tempatan

Selebriti 1 hari yang lalu

Memasuki Usia 40 Tahun Dan Masih Belum Bertemu Jodoh, Sherry Ibrahim Tak Kisah Andai Digelar ‘Andartu’

Menurut Sherry Ibrahim, dia pada mulanya gusar apabila masih tidak berkahwin ketika usia hampir mencecah 40 tahun, namun bila difikirkan semula, dia percaya All...

oleh Helmi Anuar

Selebriti 21 jam yang lalu

Fasha Sandha Terima Permohonan Maaf Terbuka Daripada Wanita Yang Menuduh Dirinya Potong Usus Untuk Kurus

Menurut Fasha, bukan dia yang menjalani pembedahan bariatric di sebuah hospital, sebaliknya dia yang menemani ibunya membuat pembedahan berkenaan tiga tahun la...

oleh Helmi Anuar

Muzik 19 jam yang lalu

Konsert Goyang Asia Koplo Milenia Gabung Artis Malaysia Indonesia

oleh Rubini Nagarajah