web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kumpulan Wali Tebus Kecewa, Lengkapkan Konsert Penuh Emosi

Antara momen paling menyentuh hati ialah apabila lagu Doaku Untukmu Sayang dipersembahkan, menyaksikan seluruh stadium bertukar menjadi lautan cahaya lampu telefon pintar

Muzik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2026 8:40AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas meninggalkan rasa "tergantung" pada konsert RadjaWali Januari lalu, kumpulan Wali akhirnya menebus kekecewaan peminat menerusi Konsert Wali Kembali yang berlangsung penuh emosi di Stadium Hoki, Bukit Jalil pada Jumaat malam.

Persembahan hampir dua jam tanpa henti itu bukan sekadar mengubat rindu, malah menjadi ruang meluahkan rasa buat ribuan penonton yang hadir, dengan tema pakaian putih bagi yang bujang dan hitam untuk pasangan, sekali gus mewarnai suasana malam penuh makna.

Seawal 5 petang, kawasan sekitar stadium sudah dipenuhi peminat dari dalam dan luar negara termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan persembahan kumpulan popular Indonesia itu.

Walaupun hujan lebat turun sebelum konsert bermula, situasi itu tidak mematahkan semangat peminat yang setia menunggu, dengan cuaca kembali reda seolah-olah memberi laluan kepada malam yang dinanti-nantikan.

Tepat 8.40 malam, Wali membuka tirai persembahan dengan sorakan gemuruh penonton, mencerminkan penantian panjang peminat, apatah lagi dengan deretan lagu popular yang mengimbau nostalgia.

Kumpulan yang dianggotai Faank selaku vokalis, Apoy (gitar), Tomi (dram) dan Ovie (keyboard) membawakan 15 lagu ikonik termasuk Kekasih Halal, Cari Berkah, Si Udin Bertanya dan Nenek Pahlawanku.

Mengimbas konsert terdahulu yang tidak dapat dihabiskan, Faank mengakui ada hikmah di sebalik kejadian itu apabila ia membuka ruang kepada pertemuan lebih bermakna kali ini.

"Masih mau lanjut lagi? Ya Allah begini banyak manusia (hadir) Ya Allah. Kami hamba-Mu Ya Allah, terima kasih banyak mengumpulkan kami di sini.

"Mudah-mudahan dengan asbab kami semua berkumpul di sini boleh menjadi sebuah silaturahim antara kita serta jadi asbab boleh terima syafaat daripada Rasulullah di akhirat kelak," katanya, disambut sorakan penonton.

Sepanjang konsert, Faank turut mengambil kesempatan berinteraksi dengan peminat selain berkongsi doa buat mereka.

"Ayuh kita doakan yang masih bujang dipertemukan jodoh yang baik, manakala yang berpasangan dikekalkan hubungan sehingga ke akhir hayat," katanya yang disambut dengan "amin' peminat.

Antara momen paling menyentuh hati ialah apabila lagu Doaku Untukmu Sayang dipersembahkan, menyaksikan seluruh stadium bertukar menjadi lautan cahaya lampu telefon pintar.

Ada juga peminat yang dilihat mengalirkan air mata, terbawa-bawa dengan kesyahduan lirik yang menyentuh perasaan dan mengimbau kenangan peribadi.

Lagu-lagu seperti Tobat Maksiat, Yank, Aku Bukan Bang Toyib dan Cari Jodoh yang sebelum ini tidak sempat dipersembahkan akhirnya dinyanyikan di penghujung konsert, sekali gus melengkapkan momen yang tertangguh.

Kemunculan lagu-lagu berkenaan mencetuskan keterujaan apabila penonton bangun berdiri, menyanyi dan berjoget bersama-sama, seolah-olah melepaskan segala rasa yang terpendam sejak konsert sebelumnya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

2

Muzik 5 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

3

Muzik 2 minggu yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

4

Muzik 2 minggu yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Legasi Sudirman Kembali Bernafas, Biopik Bakal Temui Peminat 2028

oleh Sophia Ahmad