Ahli kumpulan Red Velvet, Joy, mengumumkan persinggahan jelajah solonya di Kuala Lumpur pada April ini.
Konsert 2026 JOY ASIA TOUR “JOY SPLASH” dijadualkan berlangsung pada 25 April 2026 (Sabtu), jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur, menjanjikan pengalaman istimewa buat para peminat setia yang dikenali sebagai ReVeluv.

Acara yang dianjurkan oleh Zues Event Sdn. Bhd. ini merupakan antara destinasi penting dalam siri jelajah Asia JOY. Melalui “JOY SPLASH”, penyanyi berbakat itu membuka lembaran baharu dalam perjalanan muzik solonya, sekali gus memberi peluang kepada peminat di rantau ini untuk menikmati persembahan yang lebih dekat dan eksklusif.
Konsert ini dijangka menampilkan pengalaman audio visual mengagumkan dengan produksi pentas yang bergaya serta konsep persembahan yang dirancang khas untuk jelajah ini.
Selain rangkaian lagu popular yang sering menjadi kegemaran peminat, JOY juga dijangka menghadiahkan beberapa kejutan istimewa sepanjang malam tersebut.

Dengan vokalnya yang manis serta aura pentas yang memikat, penyanyi ini pastinya mampu menghidupkan suasana dengan vibe positif dan penuh keceriaan.
Tidak sekadar persembahan muzik, malam tersebut juga bakal dipenuhi dengan segmen interaktif yang memberi peluang kepada peminat untuk merasai pengalaman lebih dekat bersama idola mereka.
Pihak penganjur turut menyediakan pelbagai keistimewaan peminat yang eksklusif, menjadikan konsert ini lebih bermakna buat para ReVeluv yang hadir.
Tiket untuk 2026 JOY ASIA TOUR “JOY SPLASH” di Kuala Lumpur kini sudah dijual menerusi laman web rasmi etix.my.

Harga tiket ditawarkan dalam empat kategori iaitu RM698, RM598, RM498 dan RM398 (tidak termasuk cukai).
Setiap transaksi dihadkan kepada maksimum empat tiket bagi setiap alamat e-mel.
Dengan gabungan muzik yang memikat, produksi pentas yang menarik serta interaksi istimewa bersama peminat, konsert ini dijangka menjadi antara acara K-Pop yang paling dinanti-nantikan di Malaysia tahun ini.
Para ReVeluv kini hanya perlu bersedia untuk dilimpahi dengan pesona dan kegembiraan dalam sebuah malam yang pastinya sukar dilupakan bersama JOY di Kuala Lumpur. - Getaran, 8 Mac 2026