web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sunset By NEON Kembali Dengan Persembahan 2 Hari Berturut-Turut

Festival muzik utama Malaysia mengumumkan barisan utama, Adam Beyer, Argy, Massano, Korolova dan ramai lagi

Muzik Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2025 9:01PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Festival muzik tekno terkemuka Asia, Sunset by NEON kini sudah bersedia untuk menemui peminat di Malaysia. Kali ini, festival ini akan berlangsung selama dua hari berturut-turut iaitu dari 20–21 September, bertempat di Resorts World Awana, Genting Highlands.

NEON kini menjadi platform untuk artis antarabangsa membuat debut mereka di Malaysia, dengan mempersembahkan barisan artis pada skala yang belum pernah dilihat di Asia. 

Daripada bintang yang sedang meningkat naik hinggalah ke legenda ikonik dalam arena Melodic Techno, Sunset by NEON adalah acara yang ditunggu-tunggu biarpun sudah masuk tahun ke-10 ia diadakan. Setiap barisan artis sentiasa menepati janji dan tahun ini tidak terkecuali.

Antara barisan utama termasuklah Adam Beyer, ikon techno sejak tahun 90-an dan pengasas Drumcode Records, yang terkenal dengan set penuh tenaga di pentas ikonik seperti Tomorrowland, Awakenings, dan Creamfields. 

Turut serta ialah Massano, bintang yang sedang melonjak naik dalam dunia melodik techno, dengan karya besar di bawah Afterlife dan Drumcode yang menjadikan setiap persembahannya sebuah pengalaman sinematik.

Nama lain yang ditunggu-tunggu ialah Argy, DJ antarabangsa yang membina reputasi melalui set hipnotik di Panorama Bar, Amnesia, DC10, Hï Ibiza dan Pacha, sekali gus mengekalkan statusnya sebagai salah satu artis house dan techno paling berpengaruh. 

Festival ini juga menampilkan duo adik-beradik Norway, KREAM, yang terkenal dengan lebih daripada satu bilion penstriman dan siri LIQUID: LAB mereka yang memaparkan muzik tarian langsung di lokasi-lokasi indah Norway.

Tidak ketinggalan, Korolova, sensasi melodic house dan techno dari Ukraine, yang pernah memukau penonton di pentas utama Tomorrowland dan EDC Las Vegas, serta berjaya mengumpul ratusan juta tontonan di YouTube dengan set penuh emosi dan tenaga. 

Kasia, DJ kelahiran Poland yang menetap di London, membawa sentuhan eklektik dengan gabungan house, dub, dan techno yang beralun dengan groove mendalam dan funk,dari gudang East London hinggalah ke Club Der Visionäre di Berlin. 

Melengkapkan barisan ini ialah Indo Warehouse, kumpulan berpangkalan di New York yang mempelopori genre ‘Indo House’ dengan menggabungkan budaya Asia Selatan bersama house dan techno global, sekali gus mentakrifkan semula landskap muzik elektronik dunia.

Resorts World Awana menjadi pilihan kali ini kerana iamenawarkan pengalaman hujung minggu yang berbeza. Selain dipenuhi dengan dentuman muzik, ia juga adalah peluang untuk penemuan diri, serta peluang menikmati keindahan alam semulajadi. 

Dengan kapasiti terhad bagi mengekalkan suasana intim, Sunset by NEON direka khas untuk mereka yang menghargai bukan sahaja muzik, tetapi juga hubungan, suasana, dan makna. 

Ini adalah festival untuk jiwa, di mana setiap perincian dicipta untuk mencetuskan keajaiban.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, anda boleh lawati www.sunsetbyneon.asia atau ikuti mereka di Instagram, @sunsetbyneon. - Getaran, 14 September 2025

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 hari yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

2

Muzik 1 minggu yang lalu

AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

3

Muzik 2 minggu yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

4

Muzik 4 minggu yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang