web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


(G)I-DLE Dan Bambam Jadi Artis K-Pop Pertama Gegarkan Stadium Merdeka 

Dijadualkan pada 14 Jun 2025 hadapan, konsert ini bakal melakar sejarah apabila menjadi persembahan K-Pop pertama di lokasi bersejarah ini.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2025 9:30PM

Kumpulan (G)I-DLE

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Live Universe, penganjur konsert terkemuka, dengan bangganya mengumumkan acara K-Pop yang julung-julung kalinya menampilkan artis bertaraf antarabangsa (G)I-DLE dan BamBam (anggota GOT7). 

Dijadualkan pada 14 Jun 2025 hadapan, bertempat di Stadium Merdeka yang ikonik, konsert ini bakal melakar sejarah apabila menjadi persembahan K-Pop pertama di lokasi bersejarah ini, menjanjikan pengalaman muzik yang tidak mungkin dilupakan oleh para peminat.

(G)I-DLE meraih populariti global dengan pantas, dengan gaya muzik mereka yang unik dan persembahan dinamik. Kumpulan ini terdiri daripada lima ahli berbakat, Miyeon, Minnie, Soyeon, Yuqi, dan Shuhua.

EP sulung mereka, I Am, yang menampilkan single hits "Latata", mendapat pujian antarabangsa, menduduki carta dan mengukuhkan kehadiran mereka dalam industri K-Pop. 

Pelancaran berikutnya seperti I Trust dan I Never Die terus memperkukuhkan reputasi mereka, dengan lagu-lagu seperti "Oh My God" dan "Tomboy" berada di kedudukan teratas di carta-carta muzik. 

Secara spesifik, "Tomboy" berjaya meraih tempat pertama dalam Carta Digital Gaon Korea Selatan dan Billboard K-pop Hot 100.

Selain pencapaian muzik, (G)I-DLE juga diiktiraf atas sumbangan seni mereka, dengan I Never Die dipaparkan dalam majalah Time sebagai salah satu “The Best Albums of 2022.” 

Pendekatan inovatif kumpulan ini dan daya tarikan global mereka telah mengumpul pengikut setia di peringkat antarabangsa.

Sementara BamBam pula merupakan artis berbakat serba boleh yang terkenal dengan kerjayanya sebagai rapper, penyanyi, dan penari. 

Mula mencipta nama apabila menyertai kumpulan lelaki Korea Selatan, GOT7, yang memulakan kerjaya pada tahun 2014 di bawah JYP Entertainment. 

Sepanjang bersama GOT7, BamBam menjadi perhatian kerana keunikan gaya dan persembahan dinamik.

Pada Jun 2021, BamBam memulakan kerjaya solo dengan pelancaran EP sulungnya, riBBon. 

Album yang mengandungi enam lagu ini mempamerkan kepelbagaian dan perkembangan seni beliau, di mana BamBam turut terlibat dalam penulisan dan penciptaan lagu. 

Lagu utama, “riBBon”, adalah simbol kelahiran semula beliau sebagai artis solo, malah menerima ulasan positif kerana bunyi baharu dan arah kreatifnya.

Dalam satu kenyataan media, wakil Live Universe berkata, pihaknya cukup teruja dengan acara ini dan berjanji akan membawakan sebuah konsert yang tidak mudah dilupakan.

“Kami berdedikasi untuk membawakan pengalaman yang tiada tandingan kepada peminat K-Pop di Malaysia. Sebagai tuan rumah kepada (G)I-DLE dan BamBam di Stadium Merdeka, acara ini bukanlah sekadar konsert, tetapi ia adalah pencapaian bersejarah yang akan dikenang untuk tempoh yang panjang,” ujar wakil Live Universe.

Konsert Jun ini merupakan kemunculan kedua BamBam di Malaysia, sebelum ini beliau pernah menghiburkan para peminat Malaysia dalam konsert BamBam THE 1ST WORLD TOUR [AREA 52] 2023-2024.

Peluang Menangi Toyota Vellfire 

Agar memori terpahat untuk acara bersejarah ini, Live Universe membawakan cabutan bertuah eksklusif untuk pembeli tiket awal:

• Hadiah Toyota Vellfire: 10,000 pembeli pertama tiket CAT1, CAT2, atau CAT3 secara automatik berpeluang membawa pulang hadiah utama yang merupakan sebuah kenderaan mewah, Toyota Vellfire.

• Hadiah iPhone 16: 10,000 pembeli pertama tiket CAT4, CAT5, atau CAT6 akan dimasukkan dalam cabutan berasingan, di mana lima (5) pemenang bertuah masing-masing akan menerima iPhone 16 terbaharu.

Pemenang akan diumumkan dan dihubungi terus oleh pihak penganjur pada hari konsert. *Tertakluk kepada terma dan syarat. Terhad kepada 10,000 pembeli pertama yang layak bagi setiap kategori tiket.

Info Jualan Tiket

Tiket-tiket untuk konsert ini akan dijual secara eksklusif di https://www.ticket2u.com.my/ bermula 16 April 2025, jam 12 tengah hari. 

Peminat yang membeli tiket awal boleh menikmati tawaran istimewa belian awal, menerima diskaun 10 peratus ke atas harga tiket yang disenaraikan di bawah. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan tempat duduk pilihan dengan harga hebat!

CAT 1 (Berdiri): RM988 (belian awal), RM1.098 

CAT 2 (Berdiri): RM767 (belian awal), RM852

CAT 3 (Berdiri): RM603 ( belian awal), RM670

CAT 4 (Tempat duduk tidak bernombor- kawasan berbumbung): RM500 (belian awal), RM556

CAT 5 (Tempat duduk tidak bernombor): RM367 (belian awal) RM408

CAT 6 (Tempat duduk tidak bernombor): RM296 - Getaran, 11 April 2025

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 hari yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

2

Muzik 1 minggu yang lalu

AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

3

Muzik 2 minggu yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

4

Muzik 4 minggu yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang