web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Misha Omar Berparti Bersama Peminat Di 'Back To Basic Showcase' 2024

Acara menjadi lebih menarik apabila Misha mempersembahkan lagu-lagu dari artis antarabangsa termasuk susunan baharu versi disco balada lamanya iaitu Halaman Cinta

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2024 12:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nama beliau tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri muzik Malaysia. Ditemui melalui Bintang RTM, salah satu pertandingan nyanyian TV tertua di Malaysia lebih dua dekad yang lalu, Samihah @ Aisah Omar atau lebih dikenali oleh peminatnya sebagai Misha Omar mengambil peluang untuk berkongsi anugerah suaranya di Misha Omar Back to Basic Showcase yang diadakan di Odeum, Jiospace, Petaling Jaya pada malam Sabtu.

Malam itu dimulakan dengan pengenalan yang sangat lancar oleh anak lelakinya yang berusia lapan tahun, Muhammad Idris Ezzwa saat memperkenalkan ibunya dengan cara yang sangat comel sebelum Misha mengambil alih pentas.

Para penonton turut serta bersorak saat Idris dengan penuh ekspresi memperkenalkan ibunya yang dianggap sebagai 'seorang legenda dengan suara bak malaikat'.

Sebaik sahaja Idris selesai berceloteh, Misha yang tampil anggun memulakan malam tersebut dengan lagu Cinta Adam dan Hawa, salah satu lagu hitnya dari tahun 2008.

Mukadimah yang indah itu disambut dengan tepukan gemuruh dari penonton yang turut serta menyanyikan lagu tersebut bersama-sama. Persembahan diteruskan dengan sebuah lagi balada popularnya, Dedebu Cinta, yang menghidupkan lagi suasana malam tersebut.

Acara itu menjadi lebih menarik saat Misha mempersembahkan lagu-lagu dari artis antarabangsa termasuk susunan baharu versi disco balada lamanya iaitu Halaman Cinta, serta gabungan lagu Oops I Did It Again oleh Britney Spears dan Bye Bye Bye oleh Nsync.

Beberapa minggu sebelum acara, Misha juga mengumumkan di media sosial bahawa beliau sedang mencari pasangan duet lelaki dan ingin memberi peluang kepada bintang baharu yang sedang meningkat naik. 

Dari pencarian ini, pendatang baharu Hariz Fayahet muncul sebagai pilihan utama dan diberi peluang untuk berkongsi pentas bersama Misha malam itu melalui lagu Die With A Smile dari Bruno Mars dan Lady Gaga.

Lagu-lagu popular tempatan lain yang dibawakan Misha malam itu termasuk Masing-Masing oleh Ernie Zakri (yang menerima sorakan kuat dan mengejutkan daripada Ernie yang turut hadir dalam kalangan penonton), bersama dengan Peluang Kedua oleh Nabila Razali, Semalam oleh Aina Abdul, dan juga Ku Impikan oleh Dolla yang memberi peluang kepada Misha untuk menari dan menyanyi rap pada masa yang sama!

Terdapat juga segmen penghormatan buat karya popular Indonesia termasuk lagu-lagu seperti C.h.r.i.s.y.e, Badai Telah Berlalu, Sialan, dan Kupu-Kupu.

Menyempurnakan hasrat peminatnya, penyanyi balada terkenal ini menepati janji untuk mempersembahkan lagu-lagu popularnya yang lain seperti Pulangkan, Ku Seru, Tiada Ruang Untuk Mu, Tiada Aku Mengerti, Masihkah Ada Rasa Itu dan lagu sulungya yang masih kekal dikenang, Bunga-Bunga Cinta.

Misha juga mengambil kesempatan untuk turun dari pentas dan beramah mesra dengan sebahagian peminat yang berada dalam kalangan penonton. 

Memberi mereka kesempatan untuk bergambar bersama, ada yang turut diberi peluang untuk menyanyi bersama apabila beliau berkongsi mikrofon dengan beberapa penonton yang bertuah.

Acara itu diakhiri dengan lagu hit yang memenangi anugerah pada tahun 2018, Sampai Bila sebelum menutup malam dengan Semoga Abadi.

Acara itu menandakan penglibatan beliau selama 22 tahun sebagai penyanyi profesional dalam industri muzik serantau, sambil disaksikan 2000 peminat setianya yang menikmati persembahannya sambil bergelak tawa dengan penuh keceriaan.

"Sebenarnya saya ada sesuatu yang lebih besar dirancang untuk tahun depan, jadi secara tak langsung ini seolah-olah seperti 'teaser' atau pembayang untuk apa yang akan disajikan nanti. Tambahan pula, saya mahukan suasana seperti festival yang meriah kerana saya rasa ini lebih kepada sebuah parti untuk meraikan peminat. Jadi skala acara ini boleh dianggap lebih kecil sedikit.

“Saya harap semua orang menikmati konsep ini sepertimana saya teruja melakukannya, dan saya harap semua orang akan terus menyokong saya untuk persembahan yang lebih besar tahun depan," kata Misha kepada wakil media selepas acara tersebut.

Selepas 22 tahun dalam industri muzik Malaysia, bakat Misha Omar yang pernah dikesan dan digilap oleh maestro dan komposer terkenal Malaysia, Allahyarham Adnan Abu Hassan, membuktikan bahawa beliau adalah seorang penghibur sejati dan nampaknya bakal kekal sebagai salah seorang vokalis terhebat di Malaysia.

Tahniah Misha dan syabas atas persembahan yang jauh dari 'basic'! - Getaran, 23 Disember 2024

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 hari yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

2

Muzik 1 minggu yang lalu

AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

3

Muzik 2 minggu yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

4

Muzik 4 minggu yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang