web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aina Abdul, Ernie Zakri Bakal Berduet Lagu 'Kurik Kundi' Di Konsert Destiny Of Music

Sebelum ini Aina dan Ernie pernah berduet menerusi lagu balada, tetapi kali ini mereka akan berduet menerusi lagu tradisional pula

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2024 8:46PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dua penyanyi hebat negara yang merupakan pemenang anugerah vokal terbaik AJL, Aina Abdul dan Ernie Zakri bakal berduet menerusi lagu Kurik Kundi di Konsert Destiny Of Music yang akan berlangsung pada 29 Jun ini di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam.

Konsert yang dibawakan khas oleh B De Paris Beauty Project dengan kerjasama Pusat Kebudayaan UiTM ini bakal mengembalikan memori penonton ke zaman kanak-kanak di mana penonton bakal dihiburkan dengan lagu-lagu rakyat serta lagu tradisional yang hampir tidak didengari oleh masyarakat hari ini, selain dari mengetengahkan aneka genre dendangan popular era 80an sehingga kini.

Menurut peganjur iaitu Burhan Ahmad, konsert yang diiringi oleh Orkestra UiTM ini bakal menyaksikan gandingan dua penyanyi bervokal mantap masa kini iaitu Aina dan Ernie menyampaikan lagu popular Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kurik Kundi.

“Sebelum ini kita sudah pernah melihat mereka berdua berduet menerusi lagu balada. Tetapi di konsert Destiny Of Music ini mereka akan berpadu suara menyampaikan seleksi lagu tradisional yang pasti akan meninggalkan impak.

“Bersesuaian dengan tema konsert iaitu Destiny Of Music, penonton akan dihiburkan dengan lebih dari 20 lagu pelbagai genre selama tiga jam. 

“Selain Aina dan Ernie, konsert ini turut disertai barisan penyanyi hebat lain seperti Haziq Rosebi, Kugiran Masdo , Rayme Zainal dan penyanyi dari UiTM sendiri,” katanya.

Konsert ini turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia di atas inisiatif pihak penganjur dan UiTM dalam menyemarakkan aktiviti kesenian, kebudayaan dan warisan. 

Sejumlah 15 hingga 20 peratus hasil kutipan tiket daripada konsert ini akan disalurkan kepada Tabung Pendidikan UiTM. 

Bagi yang ingin mendapatkan tiket boleh layari laman sesawang Ticket2U.com dengan harga bermula dari RM98 hingga RM488. 

Sebarang pembelian tiket secara berkumpulan/pukal oleh syarikat korporat layak mendapat pengurangan cukai. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Hidayah di talian 0172097482. - Getaran, 11 Jun 2024

Photo : Instagram, PR

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 hari yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

2

Muzik 1 minggu yang lalu

AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

3

Muzik 2 minggu yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

4

Muzik 4 minggu yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang