web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah Antara Artis Warnai Loop Music Festival

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2024 8:05AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah antara dua artis ternama yang akan menggegarkan pentas Loop Music Festival pada 11 Mei ini.

Penerbitnya, Rosix Omar berkata, dua nama besar itu adalah antara 15 penyanyi popular baharu dan lama daripada pelbagai genre seperti pop, balada, R&B dan irama Malaysia yang bakal menjayakan acara itu.

Penyanyi lain adalah XPDC, Masdo, Amelina, Insomniacks, Noraniza Idris, Ronnie Hussein dan Nadeera Zaini, Aisha Retno, Usop, Sufian Suhaimi, Lucidradi, Disko Santan dan Arish Mikael.

"Artis ini bukan sahaja mewakili era dan genre masing-masing, malah mendominasi carta muzik tempatan dan mempunyai pengaruh kuat, serta memberi impak kepada industri muzik," katanya pada sidang media, semalam.

Menurut Rosix penganjuran festival muzik seumpama itu kini menjadi trend yang semakin berkembang dan diminati.

Penganjuran acara itu juga, katanya, dijangka menjadi titik tumpuan peminat muzik yang ingin menghayati nostalgia dan inovasi dalam satu pentas.

Rosix berkata, acara bermula 2 petang hingga 11.30 malam itu dijangka mengumpulkan lebih 11,000 peminat muzik tempatan di Axiata Arena, Bukit Jalil dan tiket boleh didapati menerusi ticket2u.com bermula pada harga RM168 hingga RM478. - BERNAMA

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 17 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

Persamaan bahasa dan budaya antara Malaysia dan Indonesia menjadikan muzik sebagai medium yang mampu menyatukan emosi peminat di kedua-dua negara.

oleh Sophia Ahmad