web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Explosions In The Sky Kembali Ke Malaysia

Konsert bakal berlangsung di Jiospace Odeum, Petaling Jaya bagi promosi album ketujuh bertajuk 'End'

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2024 8:23AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kembali selepas hampir 16 tahun konsert solo terakhir mereka di Malaysia, ikon rock instrumental dari Texas, Explosions in The Sky bakal kembali memukau penonton di Malaysia pada 29 Februari ini.

Kali ketiga beraksi di Malaysia, konsert itu adalah sebahagian daripada siri jelajah dunia mereka berjudul 'The End Tour' bagi mempromosikan album ketujuh mereka, 'End'.

Ia diumumkan secara rasmi kumpulan itu lewat tahun lalu, dengan menjanjikan pengalaman pertunjukan langsung di 26 bandar di seluruh dunia.

Album 'End' dianggap sebagai karya terbaik Explosion in the Sky setakat ini - menggabungkan pelbagai elemen dari karya awal mereka serta pengaruh dari muzik klasikal, 'soul' dan 'ambient'.

Explosions in The Sky adalah antara kumpulan 'post-rock' paling berpengaruh dan berbakat di dunia.

Terkenal dengan persembahan langsung yang luar biasa, mereka membawakan pakej lengkap pengalaman persembahan yang menggabungkan muzik penuh emosi serta sinematik ke pentas.

Kuartet ini diiktiraf kerana karya mereka yang katartik dan dinamik serta lagu mereka juga sering terpilih untuk muncul dalam pelbagai filem, siri TV dan permainan video seperti 'Friday Night Lights', 'The Lone Survivor', 'Prince Avalanche' dan 'Manglehorn'.

Dianjurkan oleh Soundscape Records dan Live Fact, konsert 'The End Tour' akan berlangsung di Jiospace Odeum, Petaling Jaya.

Tiket boleh didapati di cloudjoi.com. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 17 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

Persamaan bahasa dan budaya antara Malaysia dan Indonesia menjadikan muzik sebagai medium yang mampu menyatukan emosi peminat di kedua-dua negara.

oleh Sophia Ahmad