web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Trofi Gempak Most Wanted 2023 Milik Anna Jobling

Anna meraih 1.5 juta undian daripada peminat menyingkirkan calon-calon lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Khai Bahar.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2024 7:42PM

Anna Jobling.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon popular di Malaysia dan Indonesia, Anna Jobling menang besar di Anugerah Gempak Wanted 2023 yang berlangsung pada malam Ahad.

Anna membawa pulang trofi utama, iaitu Gempak Most Wanted 2023 dan dua lagi kategori yang dipertandingkan iaitu Selebriti Tergempak 2023 dan Drama Rambut Tetap Boom.

Anna yang setelah meraih 1.5 juta undian daripada peminat menyingkirkan calon-calon lain yang juga mempunyai jutaan peminat seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Khai Bahar.

Anna sendiri mengakui terkejut dan tidak menyangka yang beliau akan diumumkan sebagai pemenang trofi utama.

“Alhamdulillah, saya tidak sangka akan menang kerana calon-calon lain juga hebat. Rezeki yang tidak disangka-sangka,” ulas Anna kepada pihak media.

Gempak Most Wanted adalah anugerah yang bertujuan untuk mengiktiraf industri dunia digital Malaysia seperti untuk pempengaruh, pencipta kandungan, gamers, selebriti dan sebagainya.

Setiap pemenang ditentukan sepenuhnya oleh undian peminat.

Sebanyak sembilan kategori dipertandingan tahun ini termasuklah tiga kategori baharu iaitu Lagu/Audio Tergempak, Content Creator (Hiburan) Tergempak dan Content Creator (Lifestyle) Tergempak.

Undian untuk menentukan calon Top 5 bagi setiap kategori telah dibuat bermula 17 Januari hingga 25 Februari 2024, di mana orang ramai boleh mengundi 1 kategori dengan 50 kredit undian setiap hari.

Acara kemuncak anugerah malam semalam menyaksikan pentas digamatkan dengan kehadiran empat hos iaitu Sherry Alhadad, Zizan Razak, Amelia Henderson dan Sean Lee.

Selain itu, penonton turut dihiburkan dengan persembahan daripada Ayda Jebat, Heal Husaini, Kaka Azraff, Dolla, Haqiem Rusli dan ramai lagi.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Gempak Most Wanted Awards 2023:

1. Selebriti Digital Tergempak

Anna Jobling

2. Lagu/Audio Tergempak

Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul)

3. Video Tergempak

Kesian Girlfriend Lapar (Mikhail Imaan - @mikhailimaan)

4. Video Muzik Tergempak

Selagi Ku Ada - Khai Bahar X Nabila Razali

5. Drama Tergempak

Melur Untuk Firdaus 2 - TV3 Malaysia

6. Gamer Tergempak

Pok Ro Gaming

7. Digital Content Creator (Hiburan) Tergempak

Rahman Chea (@rahmanchea)

8. Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak

Amin & Abid Othman (@aminxabid)

9. Digital Content Creator (Motivator) Tergempak

Dr. Say Shazri (@say_shazril). – Getaran, 26 Februari 2024

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 17 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

Persamaan bahasa dan budaya antara Malaysia dan Indonesia menjadikan muzik sebagai medium yang mampu menyatukan emosi peminat di kedua-dua negara.

oleh Sophia Ahmad