web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Roxy Ixzy Dinobat Juara Bintang RTM 2024

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2024 8:17AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Berkat keunikan suara yang lunak dan merdu ketika mendendangkan lagu "A Woman's Worth" (Alicia Keys) melayakkan Roxy lxzy diangkat sebagai Juara Bintang RTM 2024 pada konsert akhir pertandingan itu di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri di sini, malam tadi.

Roxy lxzy membawa pulang wang tunai RM78,000, satu simbolik kepada ulang tahun RTM yang ke-78 pada tahun ini selain sebuah Proton Iriz.

Roxy Ixzy bersama hadiah yang dimenanginya selepas menjuarai Bintang RTM 2024. - gambar FB RTM
Roxy Ixzy bersama hadiah yang dimenanginya selepas menjuarai Bintang RTM 2024. - gambar FB RTM

Naib juara, Dhania dan tempat ketiga, Hady Huv masing-masing membawa pulang wang tunai RM35,000 dan RM20,000.

Dhania. - gambar FB RTM
Dhania. - gambar FB RTM
Hady Huv. - gambar FB RTM
Hady Huv. - gambar FB RTM

Tempat keempat hingga keenam menerima RM5,000 manakala Bintang Paling Popular, Jon yang telah menerima 75,000 "likes", membawa pulang wang tunai RM10,000.

Hadiah-hadiah malam ini ditaja syarikat NesQ Resources Sdn Bhd, DRB Hicom, Royal Chulan Hotels & Resorts dan D&D Beauty House.

Dihoskan oleh pengacara tetap Bintang RTM 2024 Awal Ashaari dan Sissy Iman, pertandingan akhir ini menyaksikan Roxy lxzy, Eylia Guntabid, Dhania, Hady Huv, Feka dan Joy mempamerkan kehebatan vokal masing-masing untuk diadili juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat, LY, Ernie Zakri dan Aina Abdul sebagai juri jemputan. 

Pertandingan pencarian bakat Bintang RTM 2024 kembali tahun ini selepas lima tahun direhatkan.

Selama 50 tahun bertahan sejak 1973, pertandingan ini meneruskan legasi mencari dan mencungkil bakat dalam bidang nyanyian, dengan memperkenalkan 14 peserta terbaik seluruh negara.

Seramai 14 bakat muda terbaik dipilih oleh pihak penerbitan Bintang RTM 2024 dan mereka terdiri daripada peserta berusia antara 15 hingga 25 tahun. - BERNAMA

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 17 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN