web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penantian ‘Seribu Tahun' Imran Ajmain Akhirnya Terlerai

Penyanyi berasal dari Singapura itu menamatkan rindu peminat dengan konsert hebat, semalam 

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2024 5:33PM

Imran Ajmain bergambar kenangan bersama peminatnya. gambar Hashtag Media

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malam yang ditunggu-tunggu peminat penyanyi asal Singapura, Imran Ajmain akhirnya tiba semalam,  pada tanggal 2 Februari, saat beliau mencuri perhatian dengan mengadakan konsertnya yang berjudul Malam Seribu Tahun Imran Ajmain di Menara KEN Taman Tun Dr Ismail.

Memenuhi permintaan peminatnya, bintang yang dikenali dengan lagu-lagu balada tersebut telah mempersembahkan lebih 15 karyanya yang paling popular, selain beberapa lagu nyanyian semula.

Mohsein Kush dan Heidi Moru.
Mohsein Kush dan Heidi Moru.

Malam itu dibuka dengan penyanyi undangan Mohsein Kush yang diiringi penyanyi Indie, Heidi Moru. Suara merdu mereka menghiasi dewan dengan beberapa lagu sebelum Imran mengambil pentas utama.

Imran membuka mukadimah muzik dengan lagu Taurus (Penawar Rindu) yang diambil dari album pertamanya Dengan Secara Kebetulan.

Selepas menghidupkan suasana, acara diteruskan dengan dendangan lagu Intan dan Perak, selain Hanya Menari serta balada popular Di Kalung Kasihan. Imran yang juga dikenali sebagai seorang penulis lirik berbakat turut mendendangkan lagu galau berhantunya yang penuh puitis iaitu Ghaibmu.

Imran Ajmain ketika beraksi di pentas.
Imran Ajmain ketika beraksi di pentas.

Mendapat sambutan gemuruh daripada peminat, Imran yang juga suka berbicara, sempat berbual dengan penonton dan sempat mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sudi hadir malam itu.

Menyanyikan lagu-lagu hit paling popularnya sepanjang hampir dua dekad, dewan konsert gamat dengan suara nyanyian latar sekitar 600 penonton yang turut sama menyanyi dengannya tiap kali lagu didendangkan pada malam tersebut.

Ini jelas ketara tika dirinya menyampaikan lagu-lagu popularnya seperti Selamat Ulang Tahun Sayang, Sudah Tu Sudah dan (lagu kegemaran peribadi penulis) Jika Engkau Pergi.

Peminat Imran Ajmain bangun bertepuk, tanda terhibur dengan persembahan penyanyi berkenaan.
Peminat Imran Ajmain bangun bertepuk, tanda terhibur dengan persembahan penyanyi berkenaan.

Malam itu juga menjadi lebih istimewa kala Imran menyanyikan lagu ciptaan arwah ayahnya Ahmad Husaini Ajmain yang berjudul Apa Salah Beta.

Turut dikenali dengan celoteh lucu, dirinya juga mengambil kesempatan untuk menyerikan malam dengan mengajak penonton menyanyikan lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’.

Beliau turut menyampaikan beberapa lagu penyanyi lain seperti Kekasih Awal dan Akhir, serta Nada Merindu. Tidak ketinggalan Imran mengambil kesempatan untuk memperkenalkan single terbaharunya Padam dan Pergi.

Malam semestinya tidak akan lengkap tanpa lagu keramatnya Seribu Tahun yang menjadi karya penutup hari itu. Peminatnya sama-sama menghayati sambil menyanyi sehingga selesai acara.

Imran Ajmain bersama barisan pemuzik yang mengiringi persembahannya.
Imran Ajmain bersama barisan pemuzik yang mengiringi persembahannya.

Imran yang sempat ditemui semasa sidang media selepas acara memberitahu, kejayaannya tidak mungkin dapat dikecapi tanpa sokongan padu peminat setianya serta keluarga dan rakan-rakannya. 

Beliau juga menyatakan malam itu satu kejayaan besar buatnya yang tidak mempunyai begitu banyak lagu popular dibandingkan artis-artis sengakatannya.

Syabas buat Imran dan semoga beliau akan terus berkarya! - Getaran, 3 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 16 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN