web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kematian Akibat Tembakan Di Dewan Konsert Di Moscow Melepasi 60 Orang

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2024 12:28PM

gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MOSCOW - Angka kematian dalam kejadian tembakan di dewan konsert di wilayah Moscow pada lewat Jumaat telah melepasi 60 orang, menurut Jawatankuasa Siasatan Rusia.

Pegawai Rusia semalam menyiarkan senarai nama 147 individu yang mengalami kecederaan dalam serangan itu. 

Lapan daripada yang cedera adalah kanak-kanak, sembilan orang dalam keadaan kritikal dengan doktor berusaha menyelamatkan mangsa dan 47 berada dalam keadaan agak serius, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Moscow.

Sesetengah mangsa yang tidak sedarkan diri yang dimasukkan ke hospital tidak mempunyai pengenalan diri dan kementerian membuat pengelasan mereka mengikut jantina atau hanya sebagai orang yang tidak dikenali.

Dalam kenyataan berasingan, ia memetik kementerian sebagai berkata, pihak bomba berjaya mengawal kebakaran di tempat kejadian tembakan daripada merebak.

Sekumpulan lima lelaki melepaskan tembakan lewat Jumaat di dewan konsert Crocus City di pusat pentadbiran Moscow, di bandar Krasnogorsk.

Selepas lelaki bersenjata itu berjaya melarikan diri, penguat kuasa undang-undang Rusia sedang berusaha mengesan mereka.

Jawatankuasa Siasatan Rusia mengklasifikasikan insiden itu sebagai serangan pengganas dan membuka kes siasatan jenayah. - BERNAMA-ANADOLU AGENCY

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad