web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Persiapan Konsert Judika Hampir Siap 100 Peratus

Pesan Judika, datanglah dengan jiwa seorang ‘rocker’ yang berani dan penuh semangat tetapi jangan lupa memiliki hati yang penuh cinta.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2023 3:31PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Debaran kini makin terasa! Saksikan bintang pujaan ramai dari Indonesia, Judika beraksi dalam sebuah konsert yang ditunggu-tunggu tahun ini, Rockmantic Night - Judika & The Gang.

Konsert bermula jam 8.30 malam 21 Oktober ini di Axiata Arena Bukit Jalil, bakal menampilkan barisan artis popular tanah air seperti Haqiem Rusli, Marsha Milan dan Shila Amzah.

Konsert yang dibawakan oleh syarikat milik Judika sendiri, Dua Anak Deo (DAD) Management dengan beberapa rakan kolaborasi lain dijangka akan memberikan pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan kerana ia menghimpunkan barisan penyanyi hebat.

Jurucakap DAD, dalam satu kenyataan media memberitahu persiapan penyanyi yang popular dengan lagu Aku Yang Tersakiti ini sudah hampir mencapai 100 peratus.

“Persiapan yang dibuat oleh Judika sudah hampir siap 100 peratus kesemuanya, termasuklah latihan persembahan bersama pemuzik profesional dan band iringan, perancang grafik, susunan muzik, dan lain-lain.

“Judika sudah tidak sabar untuk memberikan yang terbaik buat semua yang hadir pada malam konsert nanti dan menghasilkan sebuah persembahan romantis yang bakal menjadi kenangan manis buat semua.

“Antara lagu-lagu ‘sing-along’ yang wajib dihafal oleh semua yang membeli tiket adalah Cinta Karna Cinta, Bukan Rayuan Gombal, Jikalau Kau Cinta, Putus Atau Terus dan juga Sampai Kau Jadi Milikku,” katanya.

Oleh itu, beliau berkata, semua yang berhasrat menonton konsert itu diingatkan untuk segera mendapatkan tiket yang masih ada seperti Normal Standing secara atas talian di www.ticket2u.com.my/judika, manakala tiket-tiket lain seperti Gold, Silver, VIP Standing, VIP dan Platinum telah habis terjual.

Pemilik nama sebenar Judika Nalom Abadi Sihotang ini memilih tema ‘Rockmantic’, gabungan perkataan ‘rock’ dan ‘romantic’ yang diinspirasikan daripada karakter Judika sendiri yang memiliki jiwa rock, namun di satu sisi yang lain pula, beliau seorang yang penyayang dan pencinta terhadap keluarganya, pasangannya dan sering menghasilkan karya-karya berbaur romantis.

Dianggarkan lebih 15 buah lagu yang bakal dipersembahkan oleh Judika pada malam konsert nanti dengan durasi kira-kira 2 jam, bawah pimpinan pengarah muzik tersohor Indonesia, Tohpati.

Sementara itu, Judika sendiri berpesan untuk peminatnya dapat menjiwai konsert berkenaan.

 “Saya ingin semua peminat yang  akan hadir ke konsert saya nanti bukan hanya dapat melihat dan mendengar, tetapi juga dapat merasakan dan tidak akan melupakan. Datanglah dengan jiwa seorang ‘rocker’ yang berani dan penuh semangat tetapi jangan lupa memiliki hati yang penuh cinta kerana dengan cinta membuat kita rasa bersemangat.

“Semoga konsert Rockmantic Night - Judika & The Gang ini menjadi salah salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan, it’s a night to remember. Jumpa anda di sana!” – Getaran, 13 Oktober 2023

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 15 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

Persamaan bahasa dan budaya antara Malaysia dan Indonesia menjadikan muzik sebagai medium yang mampu menyatukan emosi peminat di kedua-dua negara.

oleh Sophia Ahmad