web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Admin Rock The World Fest 2023 Sokong Pengunjung Bawa Kerusi ‘Healing’

Rock The World 2023 kali ini turut meneliti komen dan cadangan peminat konsert ini bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengunjung yang hadir.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2023 7:39PM

Poster Rock The World 2023. - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anda sudah bersedia untuk ‘head banging’ hujung tahun ini? Khas buat peminat muzik rock, pada 16 Disember 2023, Rock The World Fest (RTWF) bakal menggegar kota Kuala Lumpur.

Bertempat di KL Base, (dahulunya dikenali sebagai Bandar Malaysia), konsert ini akan kembali untuk ulang tahunnya yang ke-21.

Ini konsert kali kedua dianjurkan sejak tahun lalu selepas ia 'hilang' dari radar selama lima tahun.

Menerusi hantar di aplikasi X, rata-rata warganet tidak sabar menantikan acara bulan terakhir 2023 itu.

Malah, penganjur Rock The World kali ini turut meneliti komen dan cadangan daripada peminat bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengunjung yang hadir termasuk cadangan membawa kerusi ‘healing’ semasa konsert berlangsung.

“Benarkan bawa kerusi ‘healing’ sebab dah tua,” kata seorang peminat di ruangan komen X RTWF.

“Sangat dianjurkan,” balas admin RTWF.

Bukan itu sahaja, cadangan untuk ruang penjagaan kanak-kanak semasa acara juga dipertimbangkan bagi mereka yang datang bersama keluarga walaupun penganjur memaklumkan kanak-kanak tidak digalakkan dibawa ke konsert itu.

“Lokasi tidak menggalakkan kanak-kanak hadir. Bagaimanapun kami akan memberikan kemaskini lanjut mengenai perkara ini dalam masa terdekat. Nantikan!” jelas admin.

Tambahan lagi, pemilihan lokasi tersebut turut membolehkan golongan orang kurang upaya (OKU) sama-sama hadir berhibur berikutan ia menyediakan kemudahan untuk pengunjung yang berkerusi roda.

“Pangkalan KL boleh diakses dengan kerusi roda, menjadikannya ruang yang mesra untuk semua orang. Nantikan! Lebih banyak kemaskini menarik akan datang tidak lama lagi!” maklumnya.

Jadi siapakah artis, band atau kumpulan yang bakal hadir dan membuat persembahan di atas pentas RTWF?

Antara barisan band yang akan muncul membuat persembahan pada acara ini adalah Meet Uncle Hussain, SOG, Budak Nakal Hujung Simpang , Fugo dan banyak lagi. Pastinya menjanjikan anda hiburan sepanjang malam.

Jangan lepaskan peluang menikmati persembahan artis dan band kegemaran anda kerana tiket sudah mulai dijual secara dalam talian, bermula dari RM78 hingga RM118 di www.tiket2u.com.my. Dapatkan tiket anda dengan segera! – Getaran, 5 Oktober 2023

Sumber Foto: Aplikasi X RTWF

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 15 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN