web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Demi 21 A Kmy Kmo Kembali Bergabung Bersama Rakan Duetnya, Luca Sickta 

Bagi yang meminati setiap lagu hasil ciptaan rapper Kmy Kmo pasti pernah mendengar lagu 21A sekitar tahun 2016 apabila dia memuat naik demo lagu tersebut di YouTube.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 1:14PM

Kmy Kmo - Gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi yang meminati setiap lagu hasil ciptaan rapper Kmy Kmo pasti pernah mendengar lagu 21A sekitar tahun 2016 apabila dia memuat naik demo lagu tersebut di YouTube.

Ternyata respon positif yang diterima Kmy Kmo daripada peminat membuatkan dirinya nekad merakam semula lagu ini dengan versi baharu dan lebih tersusun. 

Tampil merakam dengan nafas baharu, Kmy berharap 21A yang diperkenalkan ini dapat memberi lebih kepuasan kepada pendengar.

Mula dilancarkan pada 30 Mei lalu, 21 A mengisahkan perjalanan setiap individu tidak sentiasa manis dan pasti akan melalui pelbagai onak dan duri sebelum mencapai kejayaan yang gemilang.
Mula dilancarkan pada 30 Mei lalu, 21 A mengisahkan perjalanan setiap individu tidak sentiasa manis dan pasti akan melalui pelbagai onak dan duri sebelum mencapai kejayaan yang gemilang.

"Sebenarnya pada 2016, saya pernah rakamkan lagu ini bersama seorang sahabat dikenali Fareed. Kemudian rakaman kedua dibuat dengan versi baharu bersama Luca Sickta sekitar 2022.

"Tujuan saya merakamkan semula lagu ini kerana saya mempunyai perancangan dan stratergi yang berbeza. Saya seorang yang suka mendengar maklum balas jujur dan ikhlas daripada pendengar.

"Ketika saya rakam lagu itu untuk album solo pada tahun 2016, namun masih belum dikeluarkan, saya muat naik kesemua lagu di YouTube.

"Ini kerana, saya ingin melihat maklum balas yang jujur daripada pendengar yang sentiasa menyokong kerjaya saya. Mereka ini semua akan menilai lagu yang paling mereka gemari dan daripada situlah saya tahu kekuatan setiap lagu saya,” katanya. 

Mula dilancarkan pada 30 Mei lalu, 21 A mengisahkan perjalanan setiap individu tidak sentiasa manis dan pasti akan melalui pelbagai onak dan duri sebelum mencapai kejayaan yang gemilang.

Kmy berkata 21A menceritakan mengenai luahan hati serta semangat yang ingin dibawanya untuk kawan-kawan atau kenalan yang berasa diri mereka kerdil dalam memasuki pasaran muzik hip hop.
Kmy berkata 21A menceritakan mengenai luahan hati serta semangat yang ingin dibawanya untuk kawan-kawan atau kenalan yang berasa diri mereka kerdil dalam memasuki pasaran muzik hip hop.

Lebih mengujakan, single hasil tulisannya itu turut berjaya memasuki tiga playlist di platform digital Spotify iaitu Border Beats, Made in Malaysia dan Pop Terkini! dalam tempoh sehari selepas dilancarkan.

Pencapaian ini tentunya memberi sedikit kelegaan kepada pemilik nama sebenar Lukmanul Hakim sambil memberitahu bahawa lagu yang dihasilkan itu adalah luahan ikhlas dirinya dalam menceritakan kepayahan yang terpaksa dilalui untuk menempa nama dalam pasaran muzik hip hop sebelum ini.

"Sebagai anak jati Kuantan yang begitu meminati muzik hip hop saya akui perjalanan yang saya tempoh sebelum ini adalah satu proses yang panjang dan tidak mudah untuk saya lalui dan saya perlu yakinkan bakat kecil yang saya miliki ini untuk menambat hati pendengar di Malaysia selain cabaran untuk menembusi pasaran mainstream.

"Bagaimanapun segala pengalaman yang saya lalui sebelum ini akan menjadi satu cerita indah yang tidak mampu saya lupakan selain menjadi pengajaran terbaik untuk saya terus bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang ini,"katanya.

"Menerusi lagu ini saya hanya santai-santai saja. Tambah pula, lagu ini menceritakan mengenai luahan hati serta semangat yang ingin saya bawa buat kawan-kawan atau kenalan yang berasa diri mereka kerdil dalam memasuki pasaran muzik hip hop.

"Saya sedar masih ramai bakat-bakat muda yang kurang keyakinan diri untuk memperkenalkan bakat mereka kerana takut dengan anasir negatif yang mereka dengar dalam dunia hiburan. 

“Ada yang bimbang jika kehadiran mereka dalam pasaran mainstream akan ditindas, diketawakan, atau dipergunakan sedangkan mereka perlu berani dan yakin dengan sesuatu produk yang ingin ditampilkan,” katanya. 

Terdahulu, lagu Ayuh hasil paduan Kmy Kmo bersama Malique, Aman RA dan Ernie Zakri menjadi bualan peminat muzik hip hop apabila menduduki tangga teratas ‘trending’ di YouTube. – Getaran, 26 Jun 2023 

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 15 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN