web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rancakkan Kembali Karier Muzik Dengan Single Terbaharu, Akim Ahmad Akui Kurang Aktif Sebelum Ini Sebab Fokus Anak 

Akim menjelaskan seelaps single terbaharunya bersama kumpulan Akim & The Majistret (ATM), Saksama  dilancarkan, dia juga punya perancangan untuk mengadakan siri konsert jelajah. 

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 4:06PM

Akim Ahmad - Gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Akim Ahmad, mengakui kini sudah bersedia untuk merancakkan kembali karier muziknya selepas hampir tiga tahun dilihat kurang aktif dalam industri seni kerana memberi fokus kepada keluarga.

Menurut Akim, dia mengambil keputusan memperlahankan karier muziknya kerana ingin memberi fokus kepada keluarga selain menyambut kelahiran cahaya mata ketiga yang lahir pada Ogos lalu.

Pelancaran single terbaharunya bersama kumpulan Akim & The Majistret (ATM), ‘Saksama’ bakal merancakkan kembali karier muziknya. - Gambar Bernama
Pelancaran single terbaharunya bersama kumpulan Akim & The Majistret (ATM), ‘Saksama’ bakal merancakkan kembali karier muziknya. - Gambar Bernama

“Sudah agak lama juga dan saya sedar akan perkara itu. Sebenarnya apa yang berlaku, saya dan isteri, Stacy berehat seketika untuk fokus kepada keluarga.

“Banyak masa kami habiskan untuk membesarkan anak-anak, untuk melihat dan merasakan sendiri semua fasa membesar mereka. Namun ketika itu kami tidak lah menyepi sepenuhnya. Kami masih aktif buat lagu untuk penyanyi lain,” katanya kepada Getaran.

Berkongsi lanjut, Akim menjelaskan pelancaran single terbaharunya bersama kumpulan Akim & The Majistret (ATM), ‘Saksama’ bakal merancakkan kembali karier muziknya.

Tambah Akim, lagu berkenaan agak berbeza dengan lagu sebelumnya kerana ‘Saksama’ akan memberi ketenangan kepada pendengar.

“Lagu ini sebenarnya, turut ditulis oleh Stacy, dan kami selalu berbincang mengenai apa yang kami mahukan dalam sebuah lagu. Malah semasa proses rakaman juga, Stacy turut menjaga vokal saya.

“Apa dapat saya rangkumkan, ‘Saksama’ sebuah lagu yang tenang. Bagi peminat setia ATM pasti akan merasai perbezaan dalam lagu ini.

“Kesemua anggota kumpulan ATM termasuk isteri saya Stacy yang dikenali sebagai 'Bunga Cantik' memberi idea masing-masing bagi melengkapkan penghasilan ‘Saksama’,” ujarnya.

Akim mengakui punya perancangan untuk mengadakan konsert dan siri jelajah di beberapa lokasi terpilih di tanah air. - Gambar PR
Akim mengakui punya perancangan untuk mengadakan konsert dan siri jelajah di beberapa lokasi terpilih di tanah air. - Gambar PR

Sementara itu, penyanyi lagu ‘Potret’ turut akui mempunyai perancanganya untuk mengadakan konsert dan siri jelajah di beberapa lokasi terpilih di tanah air.

Jelas Akim, dia ingin terus kekal dan diterima baik peminat yang setia bersama dan menyokongnya dalam perjalanan seni bersama Akim & The Majistret yang kini sudah hampir mencecah satu abad.

“Sejujurnya, saya rasa peminat setia kami sedia maklum akan semangat kami dalam bidang muzik ini dan Akim & The Majistret adalah platform yang terbaik untuk kami menterjemahkannya.

“Seiring dengan perkembangan kumpulan kami yang hampir 10 tahun ini, kami percaya evolusi muzik kami membawa satu gambaran berbeza untuk ATM yang dahulu dan sekarang,” katanya. – Getaran, 12 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Terpaling Juara Tampil Pemenang AJL Bimbing Legenda Dan Bintang Baharu

2

Muzik 5 tahun yang lalu

Search Unplugged 2021 Tanpa Amy, Mampukah Akim Galas Tanggungjawab Sebagai Vokalis?

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN