web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terpaling Juara Tampil Pemenang AJL Bimbing Legenda Dan Bintang Baharu

Akim Ahmad, Hael Husaini, dan Naim Daniel bertindak sebagai kapten membimbing seorang penyanyi legenda dan seorang bintang baharu untuk menjayakan persembahan mingguan yang bertemakan #playlistAJL.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2022 10:05AM

Hazami, Ifa Raziah dan Rahmad Mega. - Gambar ihsan TV3

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun sudah 36 tahun, Anugerah Juara Lagu (AJL) diwujudkan, namun program yang berbentuk pertandingan ini masih lagi tidak hilang sengatnya.

Saban tahun, ada sahaja bakat-bakat daripada generasi muda dan baharu yang menguasai pentas AJL dan melakar sejarah kemenangan manis mereka.

Terbaharu, TV3 tampil dengan program hiburan, Terpaling Juara yang bakal menyaksikan penyanyi legenda berentap dengan bintang baharu di bawah bimbingan tiga pemenang AJL.

Tiga pemenang AJL ini adalah Akim Ahmad (Juara Lagu 30 - Potret), Hael Husaini (Juara Lagu 32 - Jampi & Juara Lagu 33 - Haram), dan Naim Daniel (Juara Lagu 34 - Sumpah).

Ketiga-tiga mereka ini akan bertindak sebagai kapten, membimbing seorang penyanyi legenda dan seorang bintang baharu untuk menjayakan persembahan mingguan yang bertemakan #playlistAJL.

Penyanyi-penyanyi legenda yang berjaya menyahut cabaran ini adalah Ifa Raziah, Hazami dan Rahmad Mega yang popular dengan genre muzik masing-masing.

Ifa Raziah dikenali sebagai penyanyi dangdut, vokal Hazami yang lunak dalam menyanyikan lagu genre balada dan Rahmad Mega pula seorang penyanyi rock yang pernah berentap di pentas akhir AJL.

Mereka akan bersaing dengan bintang baharu iaitu Shaz (Shazreen Shaharum, 26 tahun), Aqmal (Aqmal Ramdan, 26 tahun) dan Aqeesh (Aqeesh Aleeya, 18 tahun) yang terpilih menerusi uji bakat yang berlangsung pada 2 & 3 Julai lalu.

Dari kiri Aqeesh, Aqmal dan  Shaz .
Dari kiri Aqeesh, Aqmal dan Shaz .

Terpaling Juara menampilkan Haziq Hussni dan Shiha Zikir sebagai hos serta Datuk Hattan dan Fauziah Latiff sebagai juri tetap.

Bakal bersiaran sebanyak 8 episod, Terpaling Juara membuka gelanggang dengan konsert pengenalan keenam-enam peserta sebelum ketiga-tiga kapten ini mengumumkan siapakah dua peserta (senior dan junior) pilihan mereka.

Pemenang Terpaling Juara bakal membawa pulang hadiah berjumlah RM100,000, manakala naib juara bakal (RM50,000) dan pemenang ketiga (RM30,000).

Lagu-lagu popular AJL ini akan  diberikan nafas baharu dan ia pasti menggamit nostalgia penonton Terpaling Juara!

Siapakah bakal bergelar Terpaling Juara dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000?

Apakah pula senjata rahsia penyanyi-penyanyi senior dalam menjuarai program ini?  Berjayakah mereka bertahan untuk bersaing dengan bintang baharu?

Bagaimanakah pula dengan nasib bintang-bintang baharu ini apabila berdepan dengan barisan penyanyi senior yang lebih berpengalaman?

Segala persoalan ini, pastinya akan terjawab apabila program membuka gelanggang yang bersiaran secara langsung dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, mulai 21 Ogos 2022, jam 9 malam. - Getaran, 15 Ogos 2022.

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Kalau Menang CIMB Rising Start, Dapat Bimbingan Nyanyian Daripada Hael Husaini

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Selamat Jalan Raymond Goh

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Rancakkan Kembali Karier Muzik Dengan Single Terbaharu, Akim Ahmad Akui Kurang Aktif Sebelum Ini Sebab Fokus Anak 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN