web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiket Pra-Jualan Coldplay Sold Out, Catat Sejarah GoLive Asia Apabila 400,000 Peminat Beratur Dalam Talian 

Namun, pihak GoLive Asia menolak dakwaan bahawa laman web mereka ‘crashed’, musnah atau ranap sepertimana yang didakwa ramai dan jualan tiket umum boleh didapati hari ini! 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 10:29AM

CIMB Presale untuk Coldplay: Music Of The Spheres World Tour - yang dibawakan oleh  DHL telah habis dijual. - Gambar PR

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memang lain macam sungguh penangan Coldplay! Tiket pra-jualan band muzik Brit Rock ini telah mencatat sejarah kerana ia bukan sahaja telah sold out dijual dalam tempoh masa yang singkat tetapi ia turut menyaksikan 400,000 ribu peminat beratur di alam maya semata-mata untuk mendapatkannya. 

Perkara ini memang tidak pernah berlaku dalam sejarah GoLive Asia sepanjang penglibatan mereka dengan penganjuran pelbagai konsert bertaraf antarabangsa. 

“Peminat yang dihormati, kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan anda. CIMB Presale untuk Coldplay: Music Of The Spheres World Tour - yang dibawakan oleh  DHL telah habis dijual. 

“Permintaan untuk Coldplay: Music Of The Spheres World Tour yang dibawakan oleh DHL di Stadium Nasional Bukit Jalil berada di luar carta dan ia merupakan salah satu pra-jualan paling besar yang pernah kami miliki,” menurut kenyataan GoLive Asia. 

Namun, pihak GoLive Asia menolak dakwaan bahawa laman web mereka ‘crashed’, musnah atau ranap sepertimana yang didakwa ramai. 

“Kami mencipta rekod apabila 400,000 peminat menanti di barisan maya, jumlah terbesar dalam sejarah GoLive Asia. 

“Kami ingin menjelaskan bahawa aplikasi dan laman web tiket GoLive Asia sebenarnya tidak ranap. Bagaimanapun, disebabkan bebanan yang besar, kami terpaksa memastikan aliran trafik diuruskan dengan mantap di platform kami.

“Selepas menyelesaikan isu ini, pembelian telah dibuat dan pelanggan telah mendapatkan tiket mereka,” kata GoLive Asia Asia lagi menerusi satu kenyataan yang dikongsi di laman web mereka. 

Dakwaan tersebut timbul apabila rata-rata peminat tegar Coldplay menyuarakan kekesalan mereka apabila pra-jualan tiket Coldplay untuk pemegang kad CIMB Bank yang bermula seawal jam 10 pagi gagal dibeli selepas berkali-kali mereka cuba masuk ke laman web GoLive Asia. 

Bukan itu sahaja, laman web itu juga turut mengeluarkan mesej error iaitu ‘error: Rate exceeded’ yang muncul selepas pembeli menekan butang tiket. 

Apapun, buat peminat Coldplay yang telah mengikuti perjalanan kerjaya muzik mereka sejak band ini ditubuhkan pada era 90-an dengan lagu-lagu hits mereka seperti Yellow, Clocks, Fix You, The Scientist dan Vida La Vida, anda masih boleh mendapatkan tiket untuk menyaksikan konsert mereka.  

Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour anjuran Live Nation dijadual berlangsung pada 22 November ini di Bukit Jalil. Tiket konsert untuk jualan umum bermula pada hari ini. 

“Kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya mendapatkan tiket untuk persembahan konsert ini, dan bagi mereka yang masih belum memiliki, jangan risau, jualan umum bermula esok (hari ini) dan anda masih berpeluang mendapatkan tiket,” jelas GoLive Asia lagi.

Go-Live turut memaklumkan bahawa pra-beratur bermula jam 9 pagi tadi diikuti dengan jualan tiket yang bermula pada jam 10 pagi. Terima kasih atas sokongan dan semoga berjaya! – Getaran, 17 Mei 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Chris Martin, Dakota Johnson Bertunang

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Konsert Coldplay Di Malaysia Raih Kutipan AS$10,904,369 

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Konsert Coldplay Pecah Rekod Kehadiran Penonton Tertinggi

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Coldplay Bermain Pantun, Satu Stadium Kecoh

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN