web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Konsert Gala Seri Puteri Simfonik Winds Tampil Anuar Zain, Kumpul Dana RM900,000 Untuk Sertai Pertandingan Di Barcelona

Konsert gala ini diadakan untuk mengumpul dana bagi meneruskan legasi kecemerlangan SPWinds ke pertandingan International Orchestra Festival and Competition Golden Sardana di Barcelona, Sepanyol pada 12 hingga 17 September nanti. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 6:26PM

Anuar turut mempromosikan konsert ini serta mengalu-alukan kedatangan penonton. - Gambar SPWinds 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sekolah tersohor dengan pencapaian terbaik dalam dan luar negara, Seri Puteri (SSP), Cyberjaya buat julung kalinya bakal menganjurkan konsert amal 'Flourishes 23: Symphonic Gala Concert’ pada 20 Mei ini, jam 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya.

Konsert gala yang dijayakan Orkestra Simfonik Wind Seri Puteri (SPWinds) ini diadakan untuk mengumpul dana bagi meneruskan legasi kecemerlangan SPWinds ke pertandingan International Orchestra Festival and Competition Golden Sardana di Barcelona, Sepanyol pada 12 hingga 17 September nanti. 

Justeru, dalam merealisasikan hasrat anak-anak tempatan yang terbabit, dana yang diperlukan adalah RM900,000.

Lebih membanggakan, penganjuran konsert amal itu mendapat sokongan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta menampilkan penyanyi terkenal tanah air, Anuar Zain.

Dalam satu hantaran yang dimuatnaik di Instagram miliknya, Anuar dilihat telah mempromosikan konsert ini serta mengalu-alukan kedatangan penonton. 

Semoga cita-cita anak anak ini untuk terus mencipta nama di mata dunia dipermudahkan. - Gambar SPWinds
Semoga cita-cita anak anak ini untuk terus mencipta nama di mata dunia dipermudahkan. - Gambar SPWinds

“Ayuh, sertai kami. Ia pasti akan menyeronokkan. Semoga cita-cita anak anak ini untuk terus mencipta nama di mata dunia dipermudahkan,” tulisnya.

SPWinds adalah sebuah pasukan wind orkestra yang ditubuhkan pada tahun 1976 di Sekolah Seri Puteri. Ia diiktiraf sebagai School of Global Excellence (SGE) oleh KPM.

SPWinds yang merupakan watak kebitaraan SSP telah memanifestasi pengiktirafan SGE, dengan memenangi pelbagai pertandingan peringkat antarabangsa serta mengharumkan nama negara di pentas ternama dunia muzik klasik seperti Carnegie Hall di New York dan Golden Hall Musikverein di Vienna, Austria.

Tidak dinafikan lagi, pelbagai kejayaan yang diraih itu menjadikan Sekolah Seri Puteri, antara sekolah terbaik di Malaysia dengan rekod kecemerlangan tertinggi akademik dan pencapaian kokurikulum yang luar biasa di peringkat global. 

Semua hasil kutipan konsert ini akan disalurkan kepada SPWinds. Melalui konsert ini, SPWinds juga mengharapkan kerjasama pihak swasta dan mengalu-alukan sumbangan individu dan tajaan pihak korporat dalam menjayakan misi Road To Barcelona 2023.

Tiket konsert boleh didapati melalui laman web, TICKETEMPIRE di www.myticketempire.com/flourishes23 dengan harga bermula RM168 hingga RM468.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pn. Hawariah (019 - 259 1724) atau Pn Shahriyah (019-435 2090) serta melalui emel [email protected] . – Getaran, 8 Mei 2023 

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Empat Live In Kuala Lumpur Hanya Tinggal 15 Peratus

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Kesihatan Terjejas, Anuar Zain Tetap Gah Di hadapan 8,000 Peminat

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Anuar Zain Hadiahkan Peminat Konsert Istimewa Sempena Ulang Tahun Ke 40 Sebagai Penyanyi, Hanya Satu Malam Sahaja

4

Muzik 4 tahun yang lalu

Penangan Ziana & Anuar, Tiket Konsert Laris Bak Pisang Goreng Panas

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN